Teks:
Norhasbi Abdul Samad
Assalamualaikum w.b.t
Sesiapa yang menempuh satu jalan
kerana mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan ke syurga. (Riwayat
Muslim)
Perhatikan anak-anak kita, dari dalam buaian
sehingga boleh merangkak, berjalan, bercakap, mengenal ABC, 123 dan sehingga
boleh membezakan baik buruknya. Pokok pangkalnya, dengan ilmu yang diberikan
oleh ibu yang hebat, seseorang dapat menjalani kehidupan dengan mudah, cepat
dan bijak.
Ilmu dapat memberi pencerahan bagi kita dalam kegelapan.
Bila berkehendakkan sesuatu untuk merubah diri dari malas kepada rajin, dari pendiam
kepada peramah dan seterusnya, menjadikan diri berilmu yang boleh memberi manfaat
buat diri, keluarga dan orang lain.
Bila sebut tentang ILMU, ilmu telah mengubah cara
kita melakukan kerja. Kerja kita akan jadi mudah dan ringan. Sebagai contoh, sebagai
seorang ketua perlu tahu cara menguruskan syarikat. Pekerja pula perlu tahu
bagaimana melaksanakan tugasan yang diberi supaya efektif dan efisyen. Ibu atau
ayah perlu tahu menguruskan diri dan keluraga. Anak pula tahu tanggungjawab
untuk meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai bidang. Hakikatnya, dalam dunia
ni tiada yang mudah selain dengan ILMU.
Pada zaman sekarang, pelbagai cara untuk dapatkan
ilmu. Apatah lagi zaman IT. Selain menghadiri kelas berjumpa guru atau melalui buku-buku
atau rujukan ilmiah, kita boleh perolehi daripada melayari internet. Pengalaman
saya yang ingin memerlukan ilmu dalam membuat coklat, saya luangkan masa pergi
ke kelas asas membuat coklat. Kini, Allah beri rezeki saya untuk bertemu orang-orang
yang hebat bagi menambah ilmu cara asas buat blog melalui ABDR. Maka dengan
ilmu yang telah diperolehi memudahkan saya berkongsi sedikit pengalaman dan
pengetahuan tentang produk dan cara berbisness coklat homemade untuk ibu
menjana pendapatan sampingan melalui alam maya.
Mencari ilmu bukan mudah. Banyak halangan yang
perlu kita tempuhi. Memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang. Maka, Allah janjikan
ganjaran yang amat besar bagi orang yang bersusah payah dalam menuntut ilmu.
Yang penting NAWAITU kita iaitu semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNya dan
menghidupkan agama Allah.
Salam kasih salam sayang dari saya
Norhasbi Abd Samad
2 comments:
assalamualaikum rakan ABDR. Salam Kenal dan ya betul ilmu itu adalah rezeki
Waalaikumussalam.Salam perkenalan juga :). Sharing is caring. "Ballighu Anni Walau ayah"
Post a Comment