26/05/2014

RAHSIA COKLAT

Teks: Norhasbi Abdul Samad


Bila tengok tajuk diatas rasa membuak-buak dalam hati ini nak tahu apa dia RAHSIA coklatkan? Ini sebenarnya tajuk buku yang mula-mula saya miliki selepas mengikuti kelas asas membuat coklat. Tajuk Buku tersebut ialah "Terokai RAHSIA COKLAT bersama Chef Amer".



Latar belakang Chef Amer amat  saya kagumi. Beliau memperolehi Diploma Sains Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada 1991 sebelum melanjutkan pelajarannya dalam bidang coklat & konfeksioneri di ZDS, Solingen, German. Beliau merupakan seorang anak didik kepada World Master Chocolatier – Jean-Pierre Wybauw. Selain itu, beliau mendalami ilmu dan menjalani latihan di Holland, Belgium, Swisszerland & Singapura.

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang industri ini dengan usahasama perusahaan coklat bersama Fidani Chocolatier Sdn Bhd (http://www.fidani.cc/home.htm) yang kini merupakan pengeluar coklat buatan tangaan terbesar di Malaysia. Dengan pengetahuan dan kemahiran dalam industri coklat beliau dikenali sebagai 'Chocolate Connoisseur' atau sifu coklat di Malaysia. 

Bagi anda yang meminati coklat homemade boleh layari blog Chef Amer untuk mendapatkan informasi menarik di http://www.chefamer.com.



No comments:

Copyright to NORHASBI
Designed by UMIESUEstudio 2015