09/07/2015

Resepi CHOCO CHIP SPOTTIES

Teks dan Photo: Norhasbi Abdul Samad

Assalamualaikum.


Salam Ramadhan Kareem. Hari ini hari yang ke 22 kita berpuasa. Tinggal 8 hari lagi kita akan menyambut hari raya. Pasti semua sibuk menyediakan kelengkapan menyambut hari lebaran.Bagi kami sekeluarga, persediaan kelengkapan menyambut hari raya dibuat dengan sederhana saja.Tahun ini saya berazam untuk menjahit baju sendiri.Sepasang jubah setiap satu khusus untuk ibu dan dua orang anak perempuan, Hana dan Hafni. Tidak ketinggalan juga membuat sejenis biskut kegemaran kami sekeluarga yang lain beli sahaja seperti kerepek dan kekacang.

Cerita tentang biskut raya kegemaran, sebenarnya biskut ini saya telah mula belajar membuatnya pada bulan Ramadhan tahun lepas, iaitu dua hari sebelum melahirkan anak yang ke 4, Nurul Hafni Na'ifah.Kalau tidak sebelum-sebelum tu hanya makan hasil tangan kakak ipar saya saja iaitu Kak Normaria.Maka tahun lepas teringin pula membuatnya.Alasan utama sebab nanti berpantang tak boleh nak makan sembarangan. Lagi pula masa tu hari raya. Sungguh bersemangat membuatnya.Alhamdulillah anak-anak pun suka kerana terasa kerangupan kacang dan conflakes. Tidak lupa juga kemanisan coklatnya.Nama biskut raya ni Choco Chips Spotties resepi asal ialah dari Chef Wan.Maka saya kongsikan resepi buat rakan semua untuk mencubanya ya.

CHOCO CHIP SPOTTIES

BAHAN-BAHAN

Bahan A

150 gm marjerin
150 gm gula kastor atau gula ising (saya kurangkan 50gm untuk kurang manis)
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Diayak

1 1/2 cawan tepung penaik
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu garam

Bahan B Disebatikan

100 gm coklat putih (dicincang)
1 cawan kepingan coklat
2 cawan Kellog's Corn Flakes (dihancurkan)
1 cawan buah badam (dicincang)

CARA MENYEDIAKAN

1. Pukul adunan A hingga gebu.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul 1/2 minit.
3. Tuang adunan yang diayak.
4. Masukkan semua adunan ke dalam adunan B, menjadi doh.
5. Letakkan adunan mengikut 1 sudu di atas bekas yang di sapu marjerin.
6. Bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 175 C selama 15 minit atau sehingga kekuningan.









Copyright to NORHASBI
Designed by UMIESUEstudio 2015