Photo: Penulis
Penghujung bulan May akan berakhir dan sekolah pun ada yang sudah mula bercuti. Namun, ada juga sekolah-sekolah yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis sambutan hari guru. Para ibu bapa sibuk menyediakan hadiah mengikut permintaan anak masing-masing.
Pelbagai bentuk hadiah yang diberikan mengikut citarasa anak-anak. Bila lihat wajah anak, terpancar kegembiraan kerana mereka akan memberikan hadiah yang istimewa buat guru-guru kesayangannya.
Ini antara ole-ole permintaan Haikal dan Hana buat cikgu-cikgu kesayangannya. Coklat homemade menjadi pilihan. Barang-barang dah ada dirumah dan ditambah dengan dekorasi yang ada, membuatkan ianya sesuatu yang amat bermakna.
Selamat Hari Guru
Terima Kasih Cikgu
Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
No comments:
Post a Comment