06/04/2015

Acuan Coklat



Teks & image: Norhasbi Abdul Samad

Salam ceria semua.



Rutin harian seorang suri sentiasa padat. Yang penting hati sentiasa gembira dan tenang. Bagi ibu yang bekerja di rumah dan juga di luar rumah, sentiasa yakin Allah sentiasa bersama kita. Fikir yang baik-baik, insyaAllah hasilnya juga akan baik.


Cerita tentang hasil, sebenarnya saya ingin berkongsi bagaimana untuk menghasilkan bentuk coklat yang menarik dan kreatif. Jawapannya, tentulah melalui acuan yang digunakan. Di bawah ini saya kongsikan sedikit info tentang acuan coklat.

Jenis acuan

Ada beberapa jenis acuan yang digunakan untuk menghasilkan bentuk-bentuk coklat. Ia bergantung kepada harga dan materialnya.
  1. Plastik nipis – harganya murah dan mudah didapati. Hasil coklat yang menggunakan acuan ini mengikut permukaannya. Kadang-kadang lekuknya tidak secantik yang disangkakan contohnya permukaan lekuk-lekuk bunga ros.
  2. Plastik keras – bagi acuan ini harganya juga sedikit mahal,tetapi coklat yang dihasilkan amat cantik. Material tidak mudah patah atau pecah.
  3.  Acuan getah yang mudah laras (Silikon) – harga acuan ini juga mahal mengikut bentuk yang dihasilkan. Coklat yang mudah di keluarkan dari acunya. Warna acuan selalunya coklat gelap seakan-akan coklat.
  4. Acuan yang ada di rumah - acuan ini yang mudah di dapati. Yang pasti perlu kreatif menggunakan bahan tersebut. Contohnya acuan jeli dan bekas kiub ais berbentuk, bekas balang kuih raya, belon dan sebagainya. 

Bentuk acuan

  • Loose (sebiji-sebiji) – bentuk bunga ros, cengkerang, buah-buahan, love dan banyak lagi.
  • Lolly – coklat yang diletakkan batang lolly (plastik atau lidi sate)
  • Box – kotak 3D pelbagai saiz dan bentuk.
  • Oreo – boleh letak edible image

Kedai jual acuan

Acuan boleh didapati di kedai bakeri. Sesiapa yang berada di sekitar Shah Alam, anda boleh perolehinya di kedai Bakeri Bagus Seksyen 13 dan Kedai Pandan Seksyen 7, Shah Alam. Di Klang pula kedai Bakeri 2ply. Bagi peniaga coklat selalunya untuk mendapatkan harga yang murah, mereka lebih suka memborong barang-barang coklat di Yummy Bangi. Akan tetapi, boleh juga  membeli secara online di http://2decoratecakes.com

Cara pengendalian dan penjagaan

Bagi memastikan bentuk coklat yang cantik dan licin, pastikan tidak ada setitik air pun berada di dalam permukaan acuan. Keringkan terlebih dahulu. Boleh juga menggunakan pengering rambut (hair dryer) untuk mempercepatkan proses pengeringan. Hasilnya coklat akan cantik dan bersinar.Acuan yang mudah dicuci adalah dengan memastikan coklat benar-benar beku. Sekiranya tidak beku, coklat akan melekat dan mengambil masa untuk mencucinya. Untuk mencuci peralatan yang terkena coklat, perlu menggunakan air suam, ia mempercepatkan proses dan mudah untuk mencuci. Setelah  itu simpan di dalam almari yang bersih dan kering. Sekiranya lembap, acuan akan di cemari kuman dan berkulat.

Hasil coklat

Beberapa tips yang perlu dipelajari untuk menghasilkan bentuk coklat yang cantik dan menarik seperti profesional atau pakar coklat. Tips itu bermula dari proses mencairkan coklat sehingga proses pembungkusan coklat. Coklat homemade dari jenis compound sebenarnya sama seperti coklat yang lain, kerana coklat ini perlu dijaga dari suhu kepanasan persekitaran bagi mengekalkan bentuknya. Jika tidak, coklat yang pada asalnya cantik akhirnya dah tak jadi rupa coklat :)
 
Salam sayang dari saya.



No comments:

Copyright to NORHASBI
Designed by UMIESUEstudio 2015