25/05/2014

COKLAT OH COKLAT!

Teks: Norhasbi Abdul Samad
Photo: Carian Google

Peminat tegar coklat amat-amat terkejut apabila Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan pada 24.5.2014 dua produk makanan coklat susu iaitu Cadbury Dairy Milk dengan Kacang Hazel dan Cadbury Dairy Milk dengan Kacang Badam telah dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine). http://www.sinarharian.com.my/nasional/dna-babi-dalam-produk-coklat-susu-dikesan-1.283428. 
Kenyataan ini di umumkan melalui laman rasmi KKM dan juga pelbagai media.




Gambar di atas adalah antara 2 sampel yang mengandungi  DNA (Khinzir) Porcine.
1- Coklat Susu dengan Kacang Hazel Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014
 2- Coklat Susu dengan Buah Badam – Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Bagaimanapun, satu lagi sampel Coklat Susu – Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan menarik  balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta. 

Oleh yang demikian, kita sebagai pengguna berhemah, perlu sensitif bagi memastikan produk yang ada dipasaran di jamin Halal. Pemakanan untuk ahli keluarga amat dititikberatkan untuk diri dan keluarga tersayang. Banyak lagi produk yang boleh kita perolehi dipasaran dengan mengikut pemakanan sunnah. Coklat buatan tangan atau homemade contohnya adalah satu cara bagi para ibu memastikan makanan kegemaran selamat dimakan dan boleh memantau dari segi cara pembuatannya.

Salam Sayang.

Norhasbi Abd Samad









No comments:

Copyright to NORHASBI
Designed by UMIESUEstudio 2015