Teks dan photo:
Norhasbi Abdul Samad
Assalamualaikum w.b.t
Pada cuti persekolahan
yang lalu, saya tak menang tangan menyiapkan hasil tempahan gubahan coklat bagi
majlis hantaran perkahwinan dan bertunang dari pelanggan. Gambar di atas antara
gubahan coklat yang dihasilkan. Walaupun masih bekerja, pengurusan masa perlu
diutamakan bagi memenuhi tuntutan sebagai seorang pekerja, isteri dan juga ibu.
Untuk sentiasa bermotivasi, saya sentiasa mendapatkan info dan juga tips yang
bermanfaat dari kelas asas blog dan penulisan anjuran ABDR ini. Alhamdulillah,
kami di ABDR bergerak secara berkumpulan di bawah penaung akademi iaitu Puan
Masayu Ahmad dan juga guru-guru online yang berdedikasi yang sentiasa memberi
semangat dan suntikan positif bagi mencapai matlamat masing-masing.
Berbalik pada entri
kali ini, saya ingin menjawab beberapa soalan iaitu di mana nak dapatkan
barang-barang coklat. Tempat yang dinyatakan adalah diantara tempat dimana saya
perolehi barang untuk membuat coklat.
1.
Lembaga Koko Malaysia
Ini
adalah pengeluar coklat di Malaysia. Coklat yang dihasilkan ialah coklat
courveture dan coklat compound.Coklat jenama Beryls telah dihasilkan. Terletak
di Seksyen 13 Bandar Baru Bangi.
2.
Yummy Bangi
Pusat
pemborong coklat, coklat yang di jual adalah coklat compound, kotak coklat,
acuan, bahan bakery dan lain-lain. Kedai ini menyediakan kad keahlian. Terletak
di 25-G-01 & 26-G-01, Jalan Medan PB2B, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
3.
Bagus Marketing Sdn Bhd
Menjual
pelbagai barang bakeri dan coklat. Kad keahlian juga disediakan. Terletak di
56-58 Jalan Rugbi 13/30 Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
4.
Bake with Yen (KL) Sdn Bhd
Coklat
yang di jual adalah coklat converture, acuan, bahan bakery dan lain-lain.
Terletak di No 30 & 32, Jalan Persiaran Puteri, Bandar Puteri, Puchong.
5.
Wilton (ICCA)
Kedai
ini menjual pelbagai acuan seperti lollichoc dan sebagainya. Terletak di
Petaling Jaya. Boleh layari http://2decoratecakes.com
6.
Edible image online
Anda
boleh tempah Edible image mengikut size dan corak. Nak letak muka sendiri pun
boleh.
7.
Kedai yang berhampiran kediaman rumah
anda.
Bagi
yang baru menceburi pembuatan coklat homemade, boleh dapatkan barang asas berhampiran
kediaman rumah. Pasti jimat masa dan petrol. Anda boleh kunjungi kedai menjual
bahan bakeri kerana selalunya tuan kedai ada menjual barang asas untuk
menghasilkan coklat homemade.
Jika sudah tahu
tempatnya, maka mudahlah proses pembuatan coklat dari rumah. Nasihat
saya, sebelum berbelanja, jangan lupa senarai dahulu barang yang ingin dibeli
ya. Langkah berjimat cermat.
***********************************
Tips dari E-Book 101 Home
business oleh Puan Masayu Ahmad antaranya ialah:
1.
Masuk dalam business yang anda mahir dan
pakar.
2.
Jangan jadikan duit sebagai fokus utama
3.
Sentiasa beri lebih dari jangkaan
customer
4.
Mulakan dengan professional walaupun
business kecil
5.
Sentiasa tambah ilmu
6.
Daftarkan perniagaan
7.
Bermula sepenuh masa dahulu
Salam sayang dari saya,
Norhasbi Abdul Samad
No comments:
Post a Comment