Hari Ahad adalah hari penghujung minggu,banyak perkara yang perlu diuruskan. Sebagai ibu, selagi tak tidur ada saja dibuatnya. Mengemas, menyapu, membasuh, menggosok baju, layan anak dan suami dan macam-macam lagi. Ibu sentiasa pastikan yang terbaik untuk keluarganya. Kekadang, akan ada rasa letih dan mahu berehat-rehat tanpa memikirkan kerja yang masih belum diselesaikan. Namun, perasaan dan perancangan perlu KONSISTEN.
Ya konsisten, nampaknya, sudah seminggu saya mengikuti kelas asas buat blog. Masih lagi dikatakan "the beginner" kerana tidak pernah menggunakan blog. Saya beruntung kerana dalam masa seminggu saya dapat berguru dengan Cikgu Nisa dan sifu dalam kelas asas blog iaitu Puan Masayu. Pada permulaannya, terasa amat sukar. Namun atas dorongan, semangat dan tunjuk ajar cikgu-cikgu dan juga bantuan rakan ABDR terutamanya iaitu Pn Haryati Dulbahri membuatkan saya semangat untuk belajar.
Yang penting, kita perlu FOKUS dengan apa yang dirancang dan KONSISTEN untuk mencapai matlamat yang diingini. Dalam erti kata lain juga kita perlu istiqomah meneruskan kehidupan kita yang seketika ini.
No comments:
Post a Comment