Entri#37
Tema:Ungu & biru kundang
Design:Lolly chocs sunflower
Harga:RM1.20 (1-50 unit)
RM1.00 (51- atas)
Assalamualaikum w.b.t dan salam ceria.
Moga kehidupan kita hari ini lebih baik dari semalam.
Cerita kisah semalam, seharian saya menyiapkan tempahan coklat lolly 200 pek berbentuk bunga matahari bersempena cuti di hari kelahiran,alhamdulillah.Bak kata pepatah rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari.
Tema majlis perkawinan adik sahabat saya ini ialah ungu dan biru kundang. Coklat ini dijadikan sebagai buah tangan bagi tetamu utama. Maka permintaannya ditunaikan dengan sebaik mungkin.Penghantaran coklat ini hanya COD (cash on delivery).Lagi pula pejabatnya berdekatan dengan tempat kerja saya.
Teringat saya ketika mula-mula menjalankan perniagaan sambilan coklat homemade 4 tahun lepas. Ada seorang pelanggan saya dari Utara Semenanjung.Dia telah menempah coklat "doorgift" perkahwinannya.Tak silap saya dalam dua ke tiga ratus unit. Pada ketika itu saya baru sahaja memulakan perniagaan sampingan ini. Dengan ilmu yang cetek tentang pengendalian coklat homemade pada ketika itu,saya hanya menggunakan kotak biasa dan penghantarannya menggunakan bas ekpress. Cara penghantaran itu adalah permintaan dari pelanggan itu sendiri. Saya akur.
Kali pertama penghantaran coklat tersebut elok dan respon dari pelanggan juga positif.Alhamdulillah,tak cair. Bukan berhenti di situ saja,pelanggan yang sama telah menempah untuk kedua kalinya.Namun, masalah timbul bila bas ekspress tersebut lambat sampai ke destinasi.Coklat tersebut telah mencair sedikit. Dengan rasa bersalahnya saya,saya telah menghantar semula coklat yang baru sebagai ganti rugi.Kali ini,saya telah belajar selok-belok pembungkusan dan penghantaran coklat homemade yang betul.Perlu di ingat,coklat homemade sama keadaannya seperti coklat yang lain di pasaran dari segi kecairannya.Kalau terdedah kepada panas matahari secara terus atau tempat simpanannya terdedah dengan panas yg melampau, coklat akan cair.
Cara pembungkusan coklat homemade dan penghantaran melalui pos.
1.Coklat yang telah siap dibungkus di letakkan di dalam kotak atau foam (kotak polisterin).
2.Boleh letak pek ais atau balut bungkusan coklat dengan gelembung plastik. Tujuan plastik itu di gunakan supaya coklat tidak berterabur.
3.Bungkus kotak atau foam tersebut dengan kertas minyak.Jangan lupa beli sticker "fragile" supaya pihak pos mengendalikan penghantaran coklat dengan baik dan sempurna.
4. Penghantaran boleh melalu pos laju,pos domestik atau pos ekspress. Jika mempunyai akaun syarikat boleh mendaftar dengan mana syarikat pengeposan barang iaitu citylink,gdex,syarikat KTM dan mana-mana yang bersesuaian.
Di sini saya nak kongsi tips bawa coklat kesukaan jika melalui perjalanan yang jauh. Simpan bungkusan coklat tersebut dalam lipatan kain di dalam beg.InshaAllah coklat anda tu tidak cair.
Tapi kalau bawa coklat hantaran bagaimana pula.Jangan risau, letak saja coklat dalam kereta anda,tapi pastikan pasang pendingin udara ya. Kalau tidak, coklat kalian akan cair sebelum sampai ke destinasi.
Salam sayang dari saya.
Norhasbi
No comments:
Post a Comment