Teks: Norhasbi Abdul Samad
Alhamdulillah, rezeki Allah maha
luas, hari ini saya menerima tempahan coklat homemade daripada rakan sekerja
suami. Dua jenis coklat hantaran iaitu bentuk bakul dan juga kotak love sebagai
pilihan. Nampaknya, cuti sekolah akan berakhir minggu ini, maka masing-masing
mengambil peluang untuk mengadakan majlis keraian masing-masing. Untuk entri
kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda bahan-bahan asas untuk membuat
coklat buatan tangan.
Bahan-Bahan yang
diperlukan:
1.
Coklat
Coklat yang sesuai dan mudah
untuk menghasilkan coklat buatan tangan adalah jenis kompaun. Ia didatangkan
dengan tiga jenis iaitu coklat putih, coklat susu dan coklat hitam. Jenama coklat
ini terpulang kepada anda untuk memilihnya. Pelbagai jenama ada di pasaran
seperti Beryls, Collata dan juga Selbourne. Coklat Beryls adalah salah satu jenama
coklat yang dihasilkan oleh Lembaga Koko Malaysia. Yang pasti ada tulisan
compound/konveture dan bukan coklat
masakan :)
2.
Acuan.
Acuan boleh didapati dipasaran
dengan pelbagai bentuk. Contoh acuan adalah seperti coklat praline,coklat oreo, coklat
lolly/candy, kotak hiasan dan pelbagai lagi. Untuk acuan sebenarnya anda boleh
guna apa yang ada di rumah seperti acuan agar-agar dan aiskrim. Mengikut
kreativiti masing-masing.
Tips: Pastikan acuan sentiasa kering ketika menggunakannya. Ini
adalah untuk menghasilkan coklat buatan tangan yang cantik dan licin.
3.
Bekas kedap udara/periuk.
Alat ini untuk digunakan untuk
mencairkan coklat. Jangan panaskan coklat terus atas api dapur. Pencairan
coklat memerlukan double boiler
ataupun dibawah kukusan air. Boleh juga menggunakan microwave oven yang ada
fungsi double boiler. Tapi anda perlu
pandai untuk melaraskannya takut-takut coklat akan hangit :).
Tips: JANGAN ada percikan air terkena pada coklat yang dicairkan. Jika terkena air, hasilnya nanti coklat akan rosak.
4.
Mangkuk stainless steel
Mangkuk ini digunakan untuk
mencairkan coklat diatas bekas kedap udara ataupun periuk. Tahap pencairan
coklat amat mudah kerana memerlukan tahap kepanasan wap air.
5.
Sudu/spatula
Jenis sudu
atau spatula yang digunakan untuk coklat homemade adalah daripada jenis plastik,
bukan daripada jenis kayu ataupun besi.
6.
Plastik tiga segi (Piping Bag)
Ini adalah untuk memudahkan kita
untuk mengisi coklat ke dalam acuan. Untuk hiasan, boleh dibuat lubang di hujung
muncung piping bag dalam kadar yang kecil, agar coklat yang keluar nanti tidak banyak melimpah.
Ini adalah antara bahan asas yang perlu untuk membuat coklat buatan tangan. Bila anda sudah bersedia, maka mudahkan anda membuat coklat untuk dimakan bersama keluarga. Jika sudah mahir anda boleh menjana pendapatan sampingan di rumah. Nantikan entri saya akan datang untuk belajar asas buat coklat yang mudah.
Salam sayang dari saya
Norhasbi Abdul Samad