Photo:Carian Google
www.demiborong.com
Hari ini saya bukan menceritakan tentang coklat tetapi untuk berkongsi mengenai jana pendapatan sampingan dengan menjadi agen dropship. Produk yang saya pilih ialah produk berasaskan cotton quilt murah seperti cadar, karpet, alas kaki dan banyak lagi. Ada beberapa kelebihan dengan menjadi agen dropship di antaranya ialah:
1. Kita tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk membeli stok.
2. Tak pegang stok.
3.Tidak memerlukan tenaga untuk membungkus dan menghantar produk kerana pengedar yang akan buat segalanya untuk kita, kita hanya berurusan dengan pembeli (kita sebagai orang tengah).
4.Lebih masa untuk uruskan keluarga dan kerjaya.
5. Mendapat keuntungan yang mudah. Namun ada ketikanya keuntungan tidak terlalu tinggi berbanding beli secara borong daripada pengedar,namun itu adalah REZEKI yang Allah beri.Bersyukurlah...sikit-sikit lama kelamaan jadi bukit.
Ambil peluang yang ada untuk kebaikan ahli keluarga dan juga membantu orang yang memerlukan. Mudah-mudahan dipermudahkan olehNya.Aamin
Salam sayang,
Norhasbi
No comments:
Post a Comment