Bismillahirrahmanirrahim
Tempohari, saya membeli barang-barang baby di Butik Fiffy di Klang. Persediaan awal perlu untuk menanti kehadiran orang baru. Walaupun anak ke-4, persediaan terutama barang-barang keperluan seperti baju, sarung tangan, topi, alatan mandi dan sebagainya perlu juga disediakan. Saya hanya membeli barang-barang perlu dan wajib sahaja kerana barang-barang yang elok dari abang dan kakaknya masih boleh digunakan. Hasil daripada pembelian barang-barang tersebut, butik tersebut menghadiahkan senaskah majalah Mami Baby keluaran Mei 2014. Banyak juga panduan dan info dalam majalah ini bagi ibu dan juga anak. Berbalik pada topik entri kali ini, saya nak kongsikan sedikit info menarik dari pembacaan saya dalam ruangan eksklusif Istimewa Hari Ibu.
5 MITOS MENGENAI IBU BEKERJA
Mitos 1: Terdapat satu sikap tidak bertolak ansur di antara kehidupan bekerja dan "kehidupan" selebihnya.
Kebenaran: Kehidupan adalah seperti cecair.
Mitos 2: Anda boleh melakukan kesemuanya.
Kebenaran: Tidak kiralah betapa hebat dan berupayanya anda, anda tidak boleh melakukan kesemuanya.
Mitos 3: Setelah anda mencapai keseimbangan, anda boleh berganjak ke satu perkara lain.
Kebenaran: Satu-satunya perkara yang malar di dalam kehidupan adalah perubahan.
Mitos 4: Memberi kepada orang lain menjadikan anda seorang pekerja, rakan atau ibu yang lebih baik.
Kebenaran: Anda mempunyai masa dan ruang yang terhad di dalam hidup anda.
Mitos 5: Struktur yang terlalu banyak menyebabkan ketegangan.
Kebenaran: Mencipta satu sistem akan menenangkan kekecohan.
"Kesimpulannya, ingatlah agar melayan diri kita dengan baik. Ia adalah satu cabaran yang besar untuk melakukan kesemuanya sebagai seorang ibu. Kita tidak bersendirian. Dapatkan sokongan daripada ibu-ibu lain. Perkara yang terbaik yang kita boleh lakukan adalah dengan mengembangkan perasaan belas kasihan: kongsi pengalaman dengan keihklasan dan gurauan dan saling bantu membantu diantara satu sama lain di sepanjang jalan kehidupan kita".
Ikhlas dari
Norhasbi Abdul Samad
No comments:
Post a Comment