03/05/2015

Cara letak kelopak bunga pada coklat lolly

Teks dan photo: Norhasbi Abdul Samad

Bismillahirrahmanirrahim

Tanggal 1 Mei 2015, belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Pekerja buat rakan sekalian. Semoga pengorbanan dan tugasan yang kita laksanakan akan di redhai olehNya. Buat para ibu, pastinya tugasan seharian tidak pernah putus.Namun jika ikhlas membuatnya, pahalalah ganjarannya.In sha Allah.

Mungkin sekarang ini kalian sedang bercuti bersama ahli keluarga.Saya dan ahli keluarga juga mengambil peluang bercuti di Mersing, Johor Baharu. Mersing merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi, di kelilingi oleh pulau-pulau menarik. Ahli keluarga yang lain dapat berkunjung sebentar di Pulau Besar dengan menaiki bot. Tempatnya sangat cantik dan sesuai untuk beristirehat meninggalkan hiruk-pikuk kesibukan kota. Saya dan Hafni (anak yang bongsu) tinggal bersama abah dan emak mertua di rumah abang sahaja. Ada anak kecil, aktiviti amat terhad. Namun gembira juga kerana dapat meluangkan sepenuh masa bersama anak-anak.

Tujuan kali ini sebenarnya, ingin berkongsi bagaimana untuk meletakkan kelopak bunga dengan menggunakan kertas tisu. Cara-caranya adalah seperti di bawah ini.

1.Kertas tisu di potong segi empat sama,kemudian  lipat dua dengan membentuk dua bucu.

2.Letakkan coklat lolly ditengah-tengah kertas tersebut.


3.Pusingkan kertas tersebut mengelilingi coklat.

4. Tampal kertas sehingga terkena batang lolly.

5.Coklat ros lolly dah ada kelopak,siap untuk digubah.


Selamat mencuba ya.

Salam sayang dari saya,

Norhasbi Abdul Samad





No comments:

Copyright to NORHASBI
Designed by UMIESUEstudio 2015