Assalamualaikum semua.
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini adalah hari pertama cuti persekolahan. Tentunya ibu dan ayah sudah membuat perancangan cuti sekolah untuk anak-anak. Ada yang bercuti di dalam dan juga luar negara. Tidak lupa juga mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman. Sekurang-kurangnya terubat juga rindu atuk dan nenek melihat cucu-cucunya. Namun ada juga ibu bapa tidak berkesempatan kerana atas tuntutan kerja. Oleh itu, pastikan masa yang terluang di penuhi dengan aktiviti yang berfaedah. Bukan dengan gadget saja ya ibu ayah.
Tentang aktiviti anak-anak di rumah sebenarnya banyak yang boleh kita buat. Ibu ayah perlu kreatif supaya anak tidak bosan. Antara aktiviti menarik yang telah kami lakukan ialah membuat coklat bersama-sama. Cerita ini dua minggu yang lepas, semasa sambutan hari guru. Anak-anak membuat permintaan untuk menghadiahkan coklat pada guru mereka. Alhamdulillah, permintaan anak dapat dipenuhi walaupun pada ketika itu masa yang kritikal kerana sibuk menyiapkan pemarkahan peperiksaan akhir buat pelajar-pelajar saya. Saya minta anak-anak menulis kad ucapan manakala ibu sibuk di dapur menyiapkan coklat ros lolly dan bentuk senyum.
Pada ketika itu, Haikal dan Hana juga berpeluang buat coklat untuk adiknya Hameem. Coklat oreo bentuk bola hadiah harijadi ulangtahun yang ke tiga. Si Hana yang teruja membuatnya. Aktiviti ini amat sesuai untuk meningkatkan motorskill dan kreativiti anak-anak. Sambil buat coklat, kita makan coklat.
Sekian. Selamat bercuti semua.
No comments:
Post a Comment