30/05/2015

Coklat penyambung ukhwah

Teks dan photo:Norhasbi Abdul Samad


Salam ukhwah salam ceria semua.

Tempahan coklat Hello Kitty ini dari sahabat lama ku Jannatul Firdaus.Coklat Hello Kitty sempena sambutan ulangtahun kelahiran anaknya Effi dan Sarah. Semoga menjadi anak-anak yang solehah dan sentiasa menggembirakan hati ibu ayah.

Coklat Hello Kitty ini menggunakan dua jenis coklat iaitu coklat putih dan coklat susu. Kedua-duanya jenis compound. Coklat ini bukan semata-mata coklat tapi saya tambahkan sedikit perisa strawberry dan di letakkan bertih beras. Bila makan akan rasa kerangupannya.

Alhamdulillah, Effi dan Sarah suka makan coklat. Lepas makan coklat jangan lupa gosok gigi ya.





Aktiviti buat coklat bersama anak

Teks & photo: Norhasbi Abdul Samad

Assalamualaikum semua.
Bismillahirrahmanirrahim.




Hari ini adalah hari pertama cuti persekolahan. Tentunya ibu dan ayah sudah membuat perancangan cuti sekolah untuk anak-anak. Ada yang bercuti di dalam dan juga luar negara. Tidak lupa juga mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman. Sekurang-kurangnya terubat juga rindu atuk dan nenek melihat cucu-cucunya. Namun ada juga ibu bapa tidak berkesempatan kerana atas tuntutan kerja. Oleh itu, pastikan masa yang terluang di penuhi dengan aktiviti yang berfaedah. Bukan dengan gadget saja ya ibu ayah.

Tentang aktiviti anak-anak di rumah sebenarnya banyak yang boleh kita buat. Ibu ayah perlu kreatif supaya anak tidak bosan. Antara aktiviti menarik yang telah kami lakukan ialah membuat coklat bersama-sama. Cerita ini dua minggu yang lepas, semasa sambutan hari guru. Anak-anak membuat permintaan untuk menghadiahkan coklat pada guru mereka. Alhamdulillah, permintaan anak dapat dipenuhi walaupun pada ketika itu masa yang kritikal kerana sibuk menyiapkan pemarkahan peperiksaan akhir buat pelajar-pelajar saya. Saya minta anak-anak menulis kad ucapan manakala ibu sibuk di dapur menyiapkan coklat ros lolly dan bentuk senyum. 

Pada ketika itu, Haikal dan Hana juga berpeluang buat coklat untuk adiknya Hameem. Coklat oreo bentuk bola hadiah harijadi ulangtahun yang ke tiga.  Si Hana yang teruja membuatnya. Aktiviti ini amat sesuai untuk meningkatkan motorskill dan kreativiti anak-anak. Sambil buat coklat, kita makan coklat.





Sekian. Selamat bercuti semua.



07/05/2015

Acuan Coklat Hello Kitty

Teks dan foto: Norhasbi Abdul Samad

Assalamualaikum

Cerita ni dah kira lapuk juga. Al kisahnya awal bulan April yang lalu, saya telah pergi kedai bakeri Pandan di  Seksyen 7 Shah Alam untuk membeli bahan coklat tempahan pelanggan, sambil-sambil tu survey acuan coklat baru. Ternampak acuan coklat Hello Kitty yang comel.  Sesuai untuk hadiah harijadi seseorang. Tapi siapa ya? Surprise!

Pada 8 April 2015, saya hadiahkan coklat ini buat anak buah saya Erin Rina sempena hadiah harijadinya, beliau ialah anak kakak sulung saya. Beliau sangat gembira menerimanya. Anak-anak saya juga gembira kerana ibunya bukan buat satu tapi lebih untuk mereka. Acuan ini istimewa sebab berbentuk kotak. Saya letak jejari coklat di dalamnya. Sebenarnya boleh letak bermacam-macam seperti coklat praline, mashmallow, biskut jejari, pretzel dan lain-lain. Saya memilih untuk letak di dalam kotak kek sahaja kerana ia dah cukup cantik dan menyelerakan. Ewah!


03/05/2015

Cara letak kelopak bunga pada coklat lolly

Teks dan photo: Norhasbi Abdul Samad

Bismillahirrahmanirrahim

Tanggal 1 Mei 2015, belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Pekerja buat rakan sekalian. Semoga pengorbanan dan tugasan yang kita laksanakan akan di redhai olehNya. Buat para ibu, pastinya tugasan seharian tidak pernah putus.Namun jika ikhlas membuatnya, pahalalah ganjarannya.In sha Allah.

Mungkin sekarang ini kalian sedang bercuti bersama ahli keluarga.Saya dan ahli keluarga juga mengambil peluang bercuti di Mersing, Johor Baharu. Mersing merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi, di kelilingi oleh pulau-pulau menarik. Ahli keluarga yang lain dapat berkunjung sebentar di Pulau Besar dengan menaiki bot. Tempatnya sangat cantik dan sesuai untuk beristirehat meninggalkan hiruk-pikuk kesibukan kota. Saya dan Hafni (anak yang bongsu) tinggal bersama abah dan emak mertua di rumah abang sahaja. Ada anak kecil, aktiviti amat terhad. Namun gembira juga kerana dapat meluangkan sepenuh masa bersama anak-anak.

Tujuan kali ini sebenarnya, ingin berkongsi bagaimana untuk meletakkan kelopak bunga dengan menggunakan kertas tisu. Cara-caranya adalah seperti di bawah ini.

1.Kertas tisu di potong segi empat sama,kemudian  lipat dua dengan membentuk dua bucu.

2.Letakkan coklat lolly ditengah-tengah kertas tersebut.


3.Pusingkan kertas tersebut mengelilingi coklat.

Copyright to NORHASBI
Designed by UMIESUEstudio 2015