14/04/2015

Langkah mudah buat coklat

Teks & Photo: Norhasbi Binti Abdul Samad

Bismillahirrahmanirahim

Hari ini saya ingin berkongsi cara-cara membuat coklat praline.Coklat praline atau pun coklat yang di hasilkan dalam bentuk ketulan-ketulan coklat kecil. Coklat ini boleh dihasilkan dalam pelbagai rupa seperti bunga ros, kipas, daun, kulit kerang dan sebagainya. Coklat ini juga boleh di letakkan inti ataupun perisa. Ia mengikut kesukaan dan kreativiti seseorang. Ikuti langkah mudah tersebut :

Langkah 1
Cairkan coklat di atas periuk stainless steel menggunakan teknik pemanasan wap (double boiler).Gaul perlahan coklat sehingga cair dan pastikan tidak ada ketulan-ketulan coklat yang tinggal. Boleh warnakan coklat mengikut kreativiti masing-masing.



Langkah 2
Masukkan ke dalam piping beg atau kertas penuras.


Langkah 3
Paipkan coklat tadi ke dalam acuan.Ketuk perlahan-lahan acuan untuk buang gelembung-gelembung udara.

Langkah 4
Masukkan coklat tersebut ke dalam peti sejuk dan tunggu sehingga coklat benar-benar beku.


Langkah 5
Keluarkan coklat dari acuan dan bolehlah menikmati coklat tersebut.


Selamat mencuba semua.

Salam ceria dari saya.

Norhasbi Abdul Samad




10/04/2015

Gubahan Coklat Rose Pink

Teks & photo: Norhasbi Binti Abdul Samad


Bismillahirrahmanirrahim



Photo di atas adalah hasil projek coklat semalam. Anak sudah tidur, ibu mula projek buat coklat. Kadang-kadang, seawal 4 pagi saya sudah bangun untuk menyudahkan tempahan gubahan coklat. Kebiasaannya, inilah masa saya untuk fokus kepada pembuatan coklat. Tenang dan tiada gangguan. Selalunya masa untuk membuat gubahan coklat ini mengambil masa 2 ke 3 jam. Ia mengikut bentuk gubahan dan coklat yang dipilih. Ini kerana ia memerlukan beberapa proses iaitu menyediakan gubahan bakul, mencairkan coklat sehingga proses membungkus coklat tersebut.

Pelanggan meletakkan kepercayaan untuk saya membuat gubahan mengikut budget yang dipilih. Selalunya untuk gubahan coklat saya meletakkan spesifikasi seperti berikut:

1. Bentuk gubahan coklat: Bakul/Kotak/dll
2. Tema Warna:mengikut tema majlis atau saya akan pilih.
3. Budget: minimum RM50 keatas
4. Lain-lain: tanda nama kedua pasangan pada coklat.

Beberapa tips pengurusan masa yang saya baca melalui buku Usahawan Makan Gaji oleh Eruwan Gerry Norsen:

1. Bangun awal
2. Tidur lewat
3. Optimasi masa perjalanan
4. Optimasi masa rehat
5. Pengutamaan tugas.
6. Kurangkan aktiviti yang tidak produktif
7. Tetapkan jadual aktiviti

***********************************

SIBUK  YANG TERURUS


Suka saya nyatakan semua orang pun sibuk, tetapi sangat penting sibuk yang terurus. Setiap
individu sudah mempunyai tanggungjawab yang perlu dilunaskan setiap hari, tetapi
kadangkala kesibukan menjadikan diri tidak kreatif.
• Terkongkong dengan sibuk yang tidak bertempat.
• Tidak tahu membezakan situasi benar-benar sibuk atau membuang masa.
• Tidak mahir dalam agihan masa 24 jam.
• Tidak merancang dari awal penggunaan masa harian.
• Surirumah sepenuh masa sekalipun perlu ada perancangan masa, agar tidak dibazirkan

Petikan dari buku SUPER WAHM SUPER MOM 

Salam ceria dari saya 

Norhasbi Abdul Samad











 
Copyright to NORHASBI
Designed by UMIESUEstudio 2015