12/11/2024

SEMARAK MADANI

Nukilan:Norhasbi Abdul Samad

Imej:Norhasbi Abdul Samad

Puisi Semarak Madani ditulis untuk tatapan pembaca semua. Klik link dibawah untuk mendapatkan e buletin PADU, tema kami kali ini ialah M.A.D.A.N.I

https://online.anyflip.com/tbncd/omoc/mobile/index.html






07/10/2023

DROPSHIP TELEKUNG ANNISAA

Teks:Norhasbi Abdul Samad

Imej: Telekung Annisaa


Perniagaan telekung menjadi pilihan ibu. Perniagaan yang mudah dan mempunyai circle yang positif, Ibu telah menjadi ahli dropship perniagaan Telekung Annisaa founder Hjh Hanizie Ismail bermula pada Jun 2023.Setelah pulang melaksanakan umrah pada September 2023, ibu mengorak langkah untuk lebih lagi dalam perniagaan ini. Dengan tim yang aktif juga perkongsian ilmu perniagaan dari founder yang mesra dipanggil sebagai "mak" amat-amat membantu bagi meningkatkan lagi hasil jualan telekung. 

Ada pelbagai jenis telekung seperti telekung dewasa, kanak-kanak dan juga telekung travel. telekung ini mempunyai design sulaman yang pelbagai jenis juga warna yang menarik pasti menjadi idaman Wanita diluar sana. dengan tag line Telekung Annisaa yang menambat hati.

#Annisaadihatikuselalu 

#HanyaKauYangSatu 

#PersalinanTerbaikmuMenujuCintaYangHakiki

Photo dibawah ini antara design sulaman terkini Telekung Annisaa.










Selain dari menjual telekung,Telekung Annisaa juga mem⁷buat projek infaq telekung ke tempat - tempat terpilih. Moga dengan sedikit perkongsian rezeki akan mendekatkan diri kita kepada sang pencipta.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan katalog, join droship Telekung Annisaa dan juga update berkenaan infaq telekung bagi projek kami boleh hubungi saya di talian http://www.wasap.my/60123791950/telekungannisaaCikBie atau kunjungi FB atau Instagram dan Tik Tok (CIK BIE). InsyaAllah kami akan bantu untuk membantu ibu suri rumahtangga, bekerjaya untuk menambah pendapatan sampingan keluarga.

Photo ini adalah infaq terkini pihak HQ iklankan. Sesiapa yang sudi join jangan segan silu untuk contact kami. 

 


Moga bermanfaat buat kalian.

Salam sayang

KENANGAN MANIS UMRAH BERSAMA KELUARGA 2023

Nukilan: Norhasbi Abdul Samad

Photo: Norhasbi Abdul Samad

Assalamualaikum anak-anak ibu

Special Trip
Umrah Family H&H❤️
23.8.2023-4.9.2023

Ibu letak coretan pengalaman Umrah kita di sini buat kenang-kenangan. Moga kenangan indah ini akan berulang lagi pada suatu hari nanti. Rindu bumi Mekah dan Madinah. Moga Allah kabulkan hajat kita menjadi tetamu istimewaNya pada setiap tahun untuk tunai umrah@haji dalam keadaan yang terbaik.Semoga Allah terima segala amal ibadah kita jua. Aamiin



Part 01: Persediaan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02nzgtMUa3HyjNyf1rtW53kxyu6dgspyFExxfBRhZH1Sa11YECY54p32HGGzvur9AGl&id=777784426&sfnsn=mo&mibextid=6aamW6

Part 02: Perjalanan bermula~Madinah al Munawwarah

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02XLw8UuDLgetRGWJvH3YMpViRZDxrziT9FrJUHBhQ6s8cjUAyrJ2gpu7yrVRGBVxHl&id=777784426&sfnsn=mo&mibextid=6aamW6

Part 03: Madinah al-Munawwarah

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0V1jU3DkWo7eoa45LjSgtgBreG36k6j6KWcrTh5Mwe4rdRoGUrVSFDrsxTj1XXj5bl&id=777784426&sfnsn=mo&mibextid=6aamW6

Part 04: Ziarah Madinah - Madinah al-Munawwarah


Part 05: Jalan-jalan sekitar Masjid Nabawi - Madinah al-Munawwarah


Part 06: Perkuburan Baqi' & Raudhah - Madinah al-Munawwarah

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02Y6Q8qZbeB5BKwzZLwjDuSJxPVR7XkwoTMARUju2ZYbXbGa3cR564eqiXxU51MG28l&id=777784426&sfnsn=mo&mibextid=6aamW6

Part 07: Ziarah Wada' - Madinah al-Munawwarah

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0fcFxWsHSa21DwrnMmjj9eFQRshYAmkWe1RcLf4sDWSxofraj2uQ7dXLwkJFWaEnul&id=777784426&sfnsn=mo&mibextid=6aamW6

Part 08: Labbaikallahumma labbaik - Makkah al Mukarramah



Part 12: Tawaf Wada' Makkah al Mukarramah







Moga perkongsian ibu ni menjadi inspirasi buat ibu ayah yang ingin membawa anak-anak mengerjakan umrah. Maaf atas salah silap 

Moga bermanfaat buat kalian jua💕


18/11/2020

Kita Merancang, Perancangan Allah Maha Hebat

Catatan

11.11.2020

Hari ke 5 berpantang, baru ada kekuatan untuk bersiaran.
Alhamdulillah,Cikbie beransur sihat atas nasihat doktor,cuti rehat seminggu.
Kehilangan itu bukan bererti Allah tak beri ,tapi Allah nak kita tahu mengenai hal sesuatu itu.
Pelbagai hikmah yang Allah beri.Alhamdulillah.Kami redha.
Bersangka baik denganNya dengan bertunjangkan iman dan Islam.
InsyaAllah, hati akan tenang.
Tanda anak ke 6 ibu&ayah.

Ibu ikhlas tumpangkanmu selama 12minggu dalam rahim ibu❤

Sayang selalu.

Habib Hussain
7.11.2020
12Rabiulawal1442
10.40am

Simpan sini buat kenangan.

Photo ihsan dari sahabat yang dikasihi dan disayangi.



17/11/2020

Mewarna Batik Canting

Set mewarna batik didatangkan dengan

1. Lukisan canting kanvas pelbagai corak

2. 4 warna primer.

3. Set mewarna-berus dan bekas warna


Aktiviti anak-anak 

❤Latih motor skills  - gerakkan jari

❤Kenal warna, dari warna primer hasilkan warna sekunder 

❤ Kenal batik Malaysia - kraftangan tradisional tinggalan sejarah.


Hafni dan Hadif teruja sebab dapat main warna.









26/08/2016

Baju kurung buat Hana dan Hafni

Teks & photo: Norhasbi Binti Abdul Samad

Entri#41

Baju kurung Aidilfitri 2016 buat Kakak Hana n Hafni

Assalamualaikum w.b.t

Raya tahun ni,persiapan yang ala kadar.Badan tak berapa nak gagah.Buat mana yang mampu.Namun alhamdulillah,semuanya meriah.Kalau tengok gambar di atas, itu adalah hasil jahitan pertama ibu buat baju kurung anak-anak. Kain ela yang sudah lama di beli,tapi ibu ni tak sempat nak buat.Bukan tak sempat,tapi mood tak sampai-sampai.Raya tahun lepas, ibu buat jubah.Jadi,raya tahun ni,kakak Hana nak ibu buat baju kurung pula.
Cara buat baju kurung,bukan terlalu susah rupanya.Pertama,saya ambil ukuran baju yang sedia ada.Bermula dengan mengambil ukuran kain, kemudian badan,tangan dan kekek. Buku yang menjadi rujukan saya ialah "Oh,Mudahnya Buat Baju Kurung",penulisnya ialah Yasalma.Penerbit dari Alaf baru. Buku ini mudah di fahami kerana ia penulis menunjukkan cara membuat baju kurung mengikut pola untuk buat baju anak patung. Sungguh mudah.Kemudian,barulah penulis menunjukkan cara satu persatu cara mengambil ukuran dan,memggunting, menjahit mengikut ukuran sebenar baju yang ingin dijahit. Akhir sekali kemasan baju juga di berikan. Yang menariknya tips untuk menjahit leher dan badan baju juga diselitkan.Memang sungguh mudah difahami. Seingat saya,saya beli buku ini semasa pameran buku di ruang legar Karangkraf di Shah Alam tahun lepas 2015.


25/08/2016

Reversible Beg @ beg dua alam

Teks & photo: Norhasbi Binti Abdul Samad

Entri#40


Assalamualaikum w.b.t

Berbulan-bulan tak update blog.Info tentang coklat juga tiada. Bukan dah berhenti dari berniaga coklat,tapi berehat sementara. Ingin berehat atas kesihatan yang perlu difokuskan. Disamping menumpukan pada kerjaya dan keluarga, saya  mengisi masa lapang dengan menjahit. Tak boleh duduk saja, mood menjahit tiba-tiba datang hasil dari melayari internet, terpandang ada sebuah beg buatan tangan yang cantik dan mudah cara buatnya. Maka saya pun cuba-cuba dengan menggunakan lebihan kain yang ada di rumah.Pada waktu ini sebenarnya, sedang mencari mood untuk buat baju kurung hari raya buat anak dara yang dua orang tu, Hana dan Hafni.Maka, ibu ni pun cuba-cuba untuk mula pegang kain dan mesin jahit.Nak ambil mood la katakan.Alhamdulillah, elok kejadiannya.Guna letak telekong atau boleh bawa jalan-jalan. Dalam pada mengisi masa lapang, saya juga telah mendapat beberapa tempahan dari rakan sekerja dan juga kawan lama. Alhamdulillah.Bak kata pepatah, rezeki jangan di tolak:)

Ada beberapa ciri Reversible Beg ini yang saya kongsikan di wall personal fb saya.

Reversible Beg Cikde

*Beg dua alam.Boleh guna banyak side.
*Edisi di bawah ini saya tambah poket.Poketnya ada dua bahagian.Contoh, poket pertama untuk letak kunci dan poket ke 2 letak handphone.Senang nak cari barang :)
*Tapi tiada zip ya.Sebab beg ni ala-ala santai gitu.
*Saya panjangkan sikit tali beg ni ikut kesesuaian pelanggan.
*kalau beg ni kotor, boleh basuh ya. Jgn risau.Masuk saja dalam mesin basuh dan keringkan. Boleh guna semula.
*Harga sebuah beg ni RM45. Tetapi harga akan berubah mengikut jenis  fabrik. Contohnya, kalau kain jenis jeans harga akan berubah.kerana kos bahan juga berubah.
*Apa pun perbincangan bersama pelanggan haruslah dibuat sebelum proses buat beg ini, supaya masing-masing berpuas hati.

Tempahan pertama dari rakan sekerja

Salam sayang,
Cikde@norhasbi




18/01/2016

Coklat Homemade Hadiah Harijadi

Teks & photo: Norhasbi Abdul Samad

Entri#39


Assalamualaikum w.b.t.

Salam ceria dan salam sayang.

Di sini saya sertakan beberapa koleksi coklat homemade D'H Chocs sebagai hadiah harijadi buat yang tersayang. Ada beberapa bentuk coklat yang sesuai untuk dipilih. Di antaranya ialah:


1. Coklat Oreo
Oreo Corak RM1.70


2. Coklat Oreo (Edible image-gambar mengikut kehendak pelanggan)
Oreo edible image RM2.00
 3. Coklat Oreo (customize)
Oreo customize RM2.50

5. Coklat lolly
Lolly sunflower RM1.20 sebatang

6. Coklat Bar & paper bag eksklusif dari Coklat4u Delight.


Coklat Bar (Mini saiz) RM1.50 (Normal saiz) RM3.00























































































Pakej Combo (Paper bag & coklat bar) RM3.70
Syarat-syarat pelanggan.

Penghantaran terus ke Malaysia, Brunei dan Singapura.
Deposit 50% diperlukan.
Tempoh tempahan minima 2 minggu.
Unit tempahan minimum 50 unit.

Hubungi untuk tempahan: 012-3791950 (Hasbi)




16/01/2016

Kotak Coklat bersaiz M

Teks & photo: Norhasbi Binti Abdul Samad

Entri#38

Design: Coklat box size M
Tema:Baby blue & pink
Budget: RM50
Majlis: Pertunangan


06/01/2016

Cara pembungkusan dan pos coklat homemade

Teks & photo: Norhasbi Abdul Samad

Entri#37

Tema:Ungu & biru kundang
Design:Lolly chocs sunflower
Harga:RM1.20 (1-50 unit)
RM1.00 (51- atas)

Assalamualaikum w.b.t dan salam ceria.

Moga kehidupan kita hari ini lebih baik dari semalam.

Cerita kisah semalam, seharian saya menyiapkan tempahan coklat lolly 200 pek berbentuk bunga matahari bersempena cuti di hari kelahiran,alhamdulillah.Bak kata pepatah rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari.

Tema majlis perkawinan adik sahabat saya ini ialah ungu dan biru kundang. Coklat ini dijadikan sebagai buah tangan bagi tetamu utama. Maka permintaannya ditunaikan dengan sebaik mungkin.Penghantaran coklat ini hanya COD (cash on delivery).Lagi pula pejabatnya berdekatan dengan tempat kerja saya.

Teringat saya ketika mula-mula menjalankan perniagaan sambilan coklat homemade 4 tahun lepas. Ada seorang pelanggan saya dari Utara Semenanjung.Dia telah menempah coklat "doorgift" perkahwinannya.Tak silap saya dalam dua ke tiga ratus unit. Pada ketika itu saya baru sahaja memulakan perniagaan sampingan ini. Dengan ilmu yang cetek tentang pengendalian coklat homemade pada ketika itu,saya hanya menggunakan kotak biasa dan penghantarannya menggunakan bas ekpress. Cara penghantaran itu adalah permintaan dari pelanggan itu sendiri. Saya akur.

Kali pertama penghantaran coklat tersebut elok dan respon dari pelanggan juga positif.Alhamdulillah,tak cair. Bukan berhenti di situ saja,pelanggan yang sama telah menempah untuk kedua kalinya.Namun, masalah timbul bila bas ekspress tersebut lambat sampai ke destinasi.Coklat tersebut telah mencair sedikit. Dengan rasa bersalahnya saya,saya telah menghantar semula  coklat yang baru sebagai ganti rugi.Kali ini,saya telah belajar selok-belok pembungkusan dan penghantaran coklat homemade yang betul.Perlu di ingat,coklat homemade sama keadaannya seperti coklat yang lain di pasaran dari segi kecairannya.Kalau terdedah kepada panas matahari secara terus atau tempat simpanannya terdedah dengan panas yg melampau, coklat akan cair.

Cara pembungkusan coklat homemade dan penghantaran melalui pos.
1.Coklat yang telah siap dibungkus di letakkan di dalam kotak atau foam (kotak polisterin).
2.Boleh letak pek ais atau balut bungkusan coklat dengan gelembung plastik. Tujuan plastik itu di gunakan supaya coklat tidak berterabur.
3.Bungkus kotak atau foam tersebut dengan kertas minyak.Jangan lupa beli sticker "fragile" supaya pihak pos mengendalikan penghantaran coklat dengan baik dan sempurna.
4. Penghantaran boleh melalu pos laju,pos domestik atau pos ekspress. Jika mempunyai akaun syarikat boleh mendaftar dengan mana syarikat pengeposan barang iaitu citylink,gdex,syarikat KTM dan mana-mana yang bersesuaian.

Di sini saya nak kongsi tips bawa coklat kesukaan jika melalui perjalanan yang jauh. Simpan bungkusan coklat tersebut dalam lipatan kain di dalam beg.InshaAllah coklat anda tu tidak cair.
Tapi kalau bawa coklat hantaran bagaimana pula.Jangan risau, letak saja coklat dalam kereta anda,tapi pastikan pasang pendingin udara ya. Kalau tidak, coklat kalian akan cair sebelum sampai ke destinasi.

Salam sayang dari saya.
Norhasbi


Koleksi Coklat Buatan Tangan 2015

Teks:Norhasbi Abdul Samad
Photo:Norhasbi Abdul Samad

Entri#36

Assalamualaikum

Untuk tatapan dan panduan buat peminat coklat, DH Chocs Hashaiz

Selamat Tahun Baru 2016

Teks & Photo:Norhasbi Abdul Samad

Entri#35

Assalamualaikum

Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2016 buat semua.Minggu pertama tahun baru,para ibu bapa sibuk menguruskan persekolahan anak-anak .Walau bagaimana pun, semoga tahun ini lebih bersemangat untuk memenuhi impian masing-masing.

Sudah berbulan-bulan tidak mengemas kini blogku ini. Sempena hari yang penuh berbahagia ini 5.1.2016 (hari kelahiranku yang ke 36) aku berazam untuk lebih yakin dan kuat berusaha untuk mencapai segala impian.

Matlamatku dikategorikan kepada:

1.Diri sendiri - mengutamakan kebergantungan pada Allah.Menunaikan solat fardhu di awal waktu, amalkan solat dhuha moga diberi rezki yang luas dan halal.Dari segi kerjaya pula,moga menjadi pendidik yang berdedikasi dalam menjalankan amanahNya. Berpeluang menyambung pelajaran.Doakan saya moga semuanya dipermudahkan.

2.Ahli Keluarga - menjadi seorang isteri & ibu yang solehah & mithali.

3. Meningkatkan kemahiran menulis & berkomunikasi.

4. Kebebasan kewangan.Nyahkan kad kredit & menabung.

5. Pelaburan jangka masa pendek/panjang. Amalkan bersedekah

6. Menambah duit poket supaya boleh membantu bagi orang yang memerlukan, dengan berniaga coklat buatan tangan(homemade) dan jual barangan produk Amway (ABO 8697586).

7.Melawat tempat-tempat menarik dalam & luar negara bersama ahli keluarga.

Moga impian dan matlamat yang tercatat di atas menjadi petunjuk arah untuk lebih yakin dan tekun dalam melaksanakan tanggungjawab.

Ketika entri ini di tulis,saya tengah menyiapkan tempahan coklat lolly sunflower dari sahabat lama.Coklat lolly ini dijadikan sebagai buah tangan buat tetamu utama di majlis perkahwinan adiknya.Alhamdulillah,rezeki di awal tahun pembuka tirai 2016..Syukur atas rezekimu Ya Allah.

Salam sayang
Norhasbi Abdul Samad




09/07/2015

Resepi CHOCO CHIP SPOTTIES

Teks dan Photo: Norhasbi Abdul Samad

Assalamualaikum.


Salam Ramadhan Kareem. Hari ini hari yang ke 22 kita berpuasa. Tinggal 8 hari lagi kita akan menyambut hari raya. Pasti semua sibuk menyediakan kelengkapan menyambut hari lebaran.Bagi kami sekeluarga, persediaan kelengkapan menyambut hari raya dibuat dengan sederhana saja.Tahun ini saya berazam untuk menjahit baju sendiri.Sepasang jubah setiap satu khusus untuk ibu dan dua orang anak perempuan, Hana dan Hafni. Tidak ketinggalan juga membuat sejenis biskut kegemaran kami sekeluarga yang lain beli sahaja seperti kerepek dan kekacang.

Cerita tentang biskut raya kegemaran, sebenarnya biskut ini saya telah mula belajar membuatnya pada bulan Ramadhan tahun lepas, iaitu dua hari sebelum melahirkan anak yang ke 4, Nurul Hafni Na'ifah.Kalau tidak sebelum-sebelum tu hanya makan hasil tangan kakak ipar saya saja iaitu Kak Normaria.Maka tahun lepas teringin pula membuatnya.Alasan utama sebab nanti berpantang tak boleh nak makan sembarangan. Lagi pula masa tu hari raya. Sungguh bersemangat membuatnya.Alhamdulillah anak-anak pun suka kerana terasa kerangupan kacang dan conflakes. Tidak lupa juga kemanisan coklatnya.Nama biskut raya ni Choco Chips Spotties resepi asal ialah dari Chef Wan.Maka saya kongsikan resepi buat rakan semua untuk mencubanya ya.

CHOCO CHIP SPOTTIES

BAHAN-BAHAN

Bahan A

150 gm marjerin
150 gm gula kastor atau gula ising (saya kurangkan 50gm untuk kurang manis)
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Diayak

1 1/2 cawan tepung penaik
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu garam

Bahan B Disebatikan

100 gm coklat putih (dicincang)
1 cawan kepingan coklat
2 cawan Kellog's Corn Flakes (dihancurkan)
1 cawan buah badam (dicincang)

CARA MENYEDIAKAN

1. Pukul adunan A hingga gebu.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul 1/2 minit.
3. Tuang adunan yang diayak.
4. Masukkan semua adunan ke dalam adunan B, menjadi doh.
5. Letakkan adunan mengikut 1 sudu di atas bekas yang di sapu marjerin.
6. Bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 175 C selama 15 minit atau sehingga kekuningan.









30/05/2015

Coklat penyambung ukhwah

Teks dan photo:Norhasbi Abdul Samad


Salam ukhwah salam ceria semua.

Tempahan coklat Hello Kitty ini dari sahabat lama ku Jannatul Firdaus.Coklat Hello Kitty sempena sambutan ulangtahun kelahiran anaknya Effi dan Sarah. Semoga menjadi anak-anak yang solehah dan sentiasa menggembirakan hati ibu ayah.

Coklat Hello Kitty ini menggunakan dua jenis coklat iaitu coklat putih dan coklat susu. Kedua-duanya jenis compound. Coklat ini bukan semata-mata coklat tapi saya tambahkan sedikit perisa strawberry dan di letakkan bertih beras. Bila makan akan rasa kerangupannya.

Alhamdulillah, Effi dan Sarah suka makan coklat. Lepas makan coklat jangan lupa gosok gigi ya.





Copyright to NORHASBI
Designed by UMIESUEstudio 2015