Teks & Photo:Norhasbi Abdul Samad
Entri#35
Assalamualaikum
Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2016 buat semua.Minggu pertama tahun baru,para ibu bapa sibuk menguruskan persekolahan anak-anak .Walau bagaimana pun, semoga tahun ini lebih bersemangat untuk memenuhi impian masing-masing.
Sudah berbulan-bulan tidak mengemas kini blogku ini. Sempena hari yang penuh berbahagia ini 5.1.2016 (hari kelahiranku yang ke 36) aku berazam untuk lebih yakin dan kuat berusaha untuk mencapai segala impian.
Matlamatku dikategorikan kepada:
1.Diri sendiri - mengutamakan kebergantungan pada Allah.Menunaikan solat fardhu di awal waktu, amalkan solat dhuha moga diberi rezki yang luas dan halal.Dari segi kerjaya pula,moga menjadi pendidik yang berdedikasi dalam menjalankan amanahNya. Berpeluang menyambung pelajaran.Doakan saya moga semuanya dipermudahkan.
2.Ahli Keluarga - menjadi seorang isteri & ibu yang solehah & mithali.
3. Meningkatkan kemahiran menulis & berkomunikasi.
4. Kebebasan kewangan.Nyahkan kad kredit & menabung.
5. Pelaburan jangka masa pendek/panjang. Amalkan bersedekah
6. Menambah duit poket supaya boleh membantu bagi orang yang memerlukan, dengan berniaga coklat buatan tangan(homemade) dan jual barangan produk Amway (ABO 8697586).
7.Melawat tempat-tempat menarik dalam & luar negara bersama ahli keluarga.
Moga impian dan matlamat yang tercatat di atas menjadi petunjuk arah untuk lebih yakin dan tekun dalam melaksanakan tanggungjawab.
Ketika entri ini di tulis,saya tengah menyiapkan tempahan coklat lolly sunflower dari sahabat lama.Coklat lolly ini dijadikan sebagai buah tangan buat tetamu utama di majlis perkahwinan adiknya.Alhamdulillah,rezeki di awal tahun pembuka tirai 2016..Syukur atas rezekimu Ya Allah.
Salam sayang
Norhasbi Abdul Samad
No comments:
Post a Comment