Entri#40
Assalamualaikum w.b.t
Berbulan-bulan tak update blog.Info tentang coklat juga tiada. Bukan dah berhenti dari berniaga coklat,tapi berehat sementara. Ingin berehat atas kesihatan yang perlu difokuskan. Disamping menumpukan pada kerjaya dan keluarga, saya mengisi masa lapang dengan menjahit. Tak boleh duduk saja, mood menjahit tiba-tiba datang hasil dari melayari internet, terpandang ada sebuah beg buatan tangan yang cantik dan mudah cara buatnya. Maka saya pun cuba-cuba dengan menggunakan lebihan kain yang ada di rumah.Pada waktu ini sebenarnya, sedang mencari mood untuk buat baju kurung hari raya buat anak dara yang dua orang tu, Hana dan Hafni.Maka, ibu ni pun cuba-cuba untuk mula pegang kain dan mesin jahit.Nak ambil mood la katakan.Alhamdulillah, elok kejadiannya.Guna letak telekong atau boleh bawa jalan-jalan. Dalam pada mengisi masa lapang, saya juga telah mendapat beberapa tempahan dari rakan sekerja dan juga kawan lama. Alhamdulillah.Bak kata pepatah, rezeki jangan di tolak:)
Ada beberapa ciri Reversible Beg ini yang saya kongsikan di wall personal fb saya.
Reversible Beg Cikde
*Beg dua alam.Boleh guna banyak side.
*Edisi di bawah ini saya tambah poket.Poketnya ada dua bahagian.Contoh, poket pertama untuk letak kunci dan poket ke 2 letak handphone.Senang nak cari barang :)
*Tapi tiada zip ya.Sebab beg ni ala-ala santai gitu.
*Saya panjangkan sikit tali beg ni ikut kesesuaian pelanggan.
*kalau beg ni kotor, boleh basuh ya. Jgn risau.Masuk saja dalam mesin basuh dan keringkan. Boleh guna semula.

*Harga sebuah beg ni RM45. Tetapi harga akan berubah mengikut jenis fabrik. Contohnya, kalau kain jenis jeans harga akan berubah.kerana kos bahan juga berubah.
*Apa pun perbincangan bersama pelanggan haruslah dibuat sebelum proses buat beg ini, supaya masing-masing berpuas hati.
Tempahan pertama dari rakan sekerja |
Salam sayang,
Cikde@norhasbi
No comments:
Post a Comment