23/02/2015

Hadis Pilihan: Ukhwah Islamiyyah


Carian google

Abu Hamzah, Anas bin Malik ra. pelayan Rasulullah berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Seorang di antara kalian tidak beriman jika belum bisa mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.” 
(HR Bukhari dan Muslim)

19/02/2015

Tamar Cocoa


Teks dan photo:Norhasbi Binti Abdul Samad

Salam ceria semua.

Pasti setiap pagi ibu-ibu sibuk menyediakan sarapan pagi untuk seisi keluarga. Amalkan bersarapan pagi agar kita sentiasa berasa sihat dan cergas setiap hari. Pengambilan sarapan pagi amat penting, terutama anak-anak yang bersekolah agar mereka sentiasa bertenaga dan ceria.Bagi kita yang dewasa juga tidak dikecualikan.

Tidak dinafikan,bagi ibu yang berpagian sudah keluar rumah kadang-kadang tak sempat nak menyediakan sarapan.Bagi saya buat sarapan yang mudah memadai.Kesukaan kami sekeluarga ialah minuman berkhasiat dan sunnah, Tamar CoCoa.Produk ini keluaran Al Haddad Marketing Sdn Bhd.



Produk ini didatangkan dengan 2 jenis iaitu bentuk sachet(20 pek kecil) dan 900gm.Kelebihan produk ini ialah 
  • Anti stress
  • Anti oksidan
  • Anti penuaan
  • Anti keradangan
  • Penjagaan kulit
  • Masalah anemia
  • Kesihatan jantung
  • Merangsang minda
  • Menguatkan tulang
  • Kawal tekanan darah
  • Memperbanyakkan susu ibu
  • Kawal kerosakan sel& tisu
  • Proses tumbesaran kanak-kanak.
Harga pasaran RM22.Manakala harga ahli RM19.08

Bagi sesiapa yang ingin membeli atau berminat untuk menjadi ahli boleh menghubungi terus di talian 012-3791950 (Norhasbi).


18/02/2015

Tutorial Gubahan Bunga Coklat

Teks: Norhasbi Binti Abdul Samad
Photo:Penulis

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini saya ingin berkongsi cara menyediakan gubahan jambangan bunga ros coklat.
Bahan-bahan yang diperlukan seperti dibawah ini:

1.Bakul hiasan
2.Bunga artificial mengikut tema
3.Kertas tisu
4.Plastik pembalut makanan/wrapper
4.Polistrain 
5.Coklat ros lolly
Cara-cara:
Bunga artificial di susun sekeliling bakul dan juga polistrain/span sebagai dasar bakul.Untuk memudahkan mencucuk bunga coklat. Boleh tambahkan hiasan bakul seperti diikat reben atau letakkan rama-rama seperti gambar di atas.


Coklat ros lolly yang telah siap di balut dengan pembalut plastik. 

 Kertas tisu dijadikan kelopak bunga bagi membentuk jambangan bunga.

Bunga ros lolly yang telah siap di cucuk dan di susun ke dalam bakul yang telah siap di gubah.

Inilah hasil jambangan bunga ros lolly yang sesuai untuk hantaran pertunangan,kahwin,majlis harijadi dan acara keraian yang lain.

Terima kasih dan salam ceria dari saya.

Norhasbi Abdul Samad

17/02/2015

Manfaat buah Strawberry

Teks:Norhasbi Abdul Samad
Photo:carian google

Bismillahirrahmanirrahim

Ketika ini, saya masih menunggu kereta dibelai.Cuti CNY lagi 2 hari,saya bersama keluarga merancang untuk menghadiri majlis aqiqah anak kakak di Kedah.Maka, kami perlu memastikan keselamatan dan juga perancangan keperluan di buat lebih awal.

Sambil menunggu, saya penuhi masa dengan membaca majalah di kafe yang disediakan yang menarik minat saya ialah tentang manfaat buah strawberry untuk kesihatan (majalah Laman bulan Nov/Dec 2014, edisi 53)




  • Manfaat buah strawberry untuk kesihatan.

1. Buah strawberry sebagai anti-kanser.mengandungi anti oksida yang tinggi untuk melawan kerosakan sel disebabkan oleh radikal bebas dalam tubuh.

2.Menghilangkan jerawat.

3.Menajamkan daya ingatan serta kesihatan mental.

4.Menjaga kesihatan sistem pencernaan.

5.Menjaga kesihatan jantung.

6.Meningkatkan daya imunisasi badan.mampu menghalang serangan jangkitan virus demamdan sebagainya.

7.menjaga kesihatan kulit dari efek buruk radikal bebas.

8.mencegah pertumbuhan kelemumur.mengandungi sumber mineral yang baik jika diamalkan selalu.

9.Menjaga kesihatan tulang.mengandungi lebih kurang 21% magnesium dan mengandungi kalium dan vitamin K baik untuk tulang.

10.Menurunkan kolesterol.

Tringat pula strawberry disalut coklat dan buahnya yang fresh dari ladang strawberry di Cameron Highlands tempohari.


Coklat Love Majlis Aqiqah

Teks: Norhasbi Abdul Samad

Assalamualaikum.

Sebenarnya sudah lama ingin berkongsi cerita buat rakan-rakan alam maya tentang persiapan aqiqah anak saya yang ke 4.Persiapan ini dibuat atas bantuan kedua-dua belah ahli keluarga terutamanya penyediaan makanan.Hidangan nasi ambeng juga tidak ketinggalan.Kami  menjemput jiran-jiran terdekat dan sanak saudara bagi meraikan majlis ini. Untuk penyediaan goodies buat tetamu, saya dan anak-anak sibuk menyediakannya. Dalam pek goodies kami letak air kotak,kek waffle,keropok dan tak di lupa coklat homemade sebagai pemanis mulut.Di bawah ini adalah gambar sekitar penyediaan coklat love pink.Pink menjadi pilihan sebab anak perempuanlah katakan.Coklat tersebut saya campurkan dengan scrumble oreo.
Coklat di masukkan ke dalam acuan 

Coklat yang sudah keras dan dikeluarkan dari acuannya


Abang Haikal tolong jaga adik 

Kakak Hana letak sticker biznes atas kotak coklat dan susun dalam bakul

Dah siap coklat ibu tampal label atas pek goodies

Hafni tolong tengok ya :)

16/02/2015

Hadis pilihan: 5 Perkara Sebelum datang 5 Perkara

Teks: Norhasbi Binti Abdul Samad

Bismillahirrahmanirrahim

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Ya Allah, tiba-tiba tergerak untuk menulis dan berkongsi hadis ini sebagai peringatan bersama. Sebenarnya sudah sekian lama saya tidak menulis. Sudah hampir bersawang blog yang diimpikan. Harap bukan hangat-hangat tahi ayam. Yang pasti sentiasa mencari ruang dan peluang.

Bila kita renung dan berfikir, Rasullullah mengingatkan kita tentang peri pentingnya pengurusan masa. Tidak kira dalam apa jua keadaan. Sebenarnya setiap kali 5 waktu solat itu adalah tanda kita berjaga-jaga atas 5 perkara di atas.

Huraian 5 perkara sebelum datang 5 perkara:

1. Sihat sebelum sakit
Waktu sihat inilah kita ambil peluang untuk berbakti dan berbuat baik kepada orang sekeliling. Bagi para ibu terutamanya,pelbagai tugasan perlu dilaksanakan untuk keluarga tersayang. Kesihatan fizikal perlu diutamakan.Jaga pemakanan dan tidak melakukan perkara yang boleh memudaratkan. Sayangi diri. Di samping itu, kesihatan dalaman dan juga fikiran perlu dititik beratkan. Buat sesuatu perkara dengan tenang dan sabar. Supaya setiap tugasan yang kita buat akan menjadi mudah dan di redhai olehNya. Ibu sihat keluarga ceria.
2. Kaya sebelum miskin
Setiap orang mengimpikan kekayaan. Lihatlah, nabi kita Muhammad S.A.W adalah contoh seorang yang kaya raya. Menjalankan perniagaan bersama Siti Khadijah. Baginda tidak lokek untuk membantu dan menyayangi orang disekelilingnya. Kekayaan yang dianjurkan dalam Islam bukanlah untuk memenuhi keperluan diri sendiri tetapi ia adalah peluang untuk membantu orang yang memerlukan.Amalan bersedekah merupakan tips mudah menjemput rezeki. Rukun Islam yang ke 4 iaitu Zakat. Orang Islam diwajibkan membayar zakat fitrah pada 1 Syawal kerana ingin membantu orang yang tidak punya apa-apa agar merasai kegembiraan seperti mana orang yang berada miliki, sekurang-kurangnya mereka punya cukup makan,pakai dan tempat tinggal. Bayangkan jika kita tidak punya apa-apa, hilang rasa nikmat ini dan paling di takuti jika hidup meminta-minta.Nauzubillaah.

3. Lapang sebelum sibuk
Kita selalu terlepas pandang, membuat sesuatu kerja dengan bertangguh-tangguh dengan alasan esok masih ada. Tapi bila datang waktu sibuk, tidak cukup untuk rehat,makan dan kekadang ada yang tertinggal untuk solat. Astaghfirullah, ampunkan kami Ya Allah. Bagi ibu-ibu perlu ada perancangan dalam membuat sesuatu. Gunakan masa yang ada untuk perkara-perkara yang bermanfaat. Timba seberapa banyak ilmu yang ada dengan menitik beratkan pembahagian masa bersama keluarga, kerja dan juga masa mendekatkan diri pada tuhan yang esa. Kata-kata perangsang "Jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal". Jika gagal, mesti rasa sedih bukan.

4. Muda sebelum tua
Masa muda adalah peluang untuk kita membuat pelbagai perkara, mencari kemewahan dan memenuhi segala impian.Namun ada batasannya, jangan lupa kewajipan kita untuk mencari redha Allah. Bila sudah tua dan uzur, kenikmatan itu akan pudar.Maka penuhi hidup ini dengan amal-amal soleh.

5. Hidup sebelum mati
Masa hidup adalah nikmat utama umat manusia. Bila hidup, pelbagai perkara boleh dilakukan. Empat perkara di atas jika kita lalai boleh perbaiki. Namun bila kita tidak ada di dunia ini lagi, kita tidak boleh berbuat apa-apa melainkan amal soleh yang kita buat semasa hidup, sedekah jariah yang kita hulurkan dengan hati yang ikhlas dan juga doa daripada anak soleh yang mengiringi kita.


Cukuplah dahulu, moga kita bertemu lagi...


Indahnya Islam

Salam sayang dari saya




Copyright to NORHASBI
Designed by UMIESUEstudio 2015