18/11/2020

PhD Journey Ibu 2020

Bismillahirrahmanirrahiim

Sudah sebulan bergelar pelajar secara sambilan.

Menyambung cita-cita dan impian 8 tahun yang lepas. 

2015 mendaftar di UM sewaktu open day UM juga sudah jumpa potential supervisor.

Tapi masih tak siap juga proposal .Tak nampak jalan.

Ibu fokus dengan kerja hakiki dan bina keluarga.

Walau apapun. Terima kasih suami yang sentiasa menyokong perjalanan mencari ilmuNya ini.

Tahun 2020 dengan kekuatan yang ada ibu cekalkan diri untuk meneruskan cita-cita ini.

Mak&ayah juga adalah semangat kenapa ibu teruskan niat ini.

Kuatkan semangat demi mencari RedhaNya.

Moga titik permulaan ini menjadikan diri ini lebih baik.

Moga PhDku dibina sebagai jambatan ke syurga. 

Memberi manfaat buat keluarga, bangsa, agama dan negara.

Mohon doa yang sebaiknya dari sahabat sekalian,

Aamiin.


31.8.2020

Sehari sebelum tarikh tutup permohonan 1.9.2020 ibu kuatkan semangat untuk menghantar permohonan. 

Waktu ni, ibu & kita semua sekeluarga balik kampung. Selepas solat tahajud dengan bersejadahkan sejadah ayah.

Ruang solat mak dan ayah, kekuatan itu datang dan dipermudah segalanya dalam proses permohonan.Alhamdulillah. Ibu hantar segala borang permohonan secara online.

Pada minggu yang sama menerima email dari IPSIS untuk ibu hadirkan sesi interview pengambilan pelajar di UITM, Shah Alam.

Potential supervisor beri semangat supaya tenang, dan teruskan perjalanan.Terima kasih Dr Najib, moga Allah rahmati dalam segala ilmu yang dicurahkan.


9.9.2020

Hari Rabu bermula jam 9.00 pagi, alhamdulillah, sesi interview berjalan lancar.Sebelum sesi oral interview ibu menjalani exam bertulis selama 20 minit. Ayah teman ibu, sebab dekat sini susah nak parking.Nanti ibu jauh berjalan katanya.Terima kasih suamiku. 


 
Photo ibu selepas selesai sesi interview
Bismillahitawakaltu Allah...


6.10.2020

PKP masih diteruskan. Hari ni sesi pendaftaran ibu sebagai pelajar PhD bermula, minggu orientasi semua secara online.

Segala workshop dijalankan secara online. Seminggu menghadap laptop.Namun tugas hakiki tetap diteruskan.Rezeki, semuanya online. Sambil menjalani tugasan hakiki sebagai tenaga pengajar, juga menjadi sebagai pelajar dengan bertemankan anak-anak yang sedang pdpr. Ibu berdoa moga segalanya dipermudahkan..Ya Allah, kepadaMu aku berserah..aamiin.


No comments:

Copyright to NORHASBI
Designed by UMIESUEstudio 2015