26/08/2016

Baju kurung buat Hana dan Hafni

Teks & photo: Norhasbi Binti Abdul Samad

Entri#41

Baju kurung Aidilfitri 2016 buat Kakak Hana n Hafni

Assalamualaikum w.b.t

Raya tahun ni,persiapan yang ala kadar.Badan tak berapa nak gagah.Buat mana yang mampu.Namun alhamdulillah,semuanya meriah.Kalau tengok gambar di atas, itu adalah hasil jahitan pertama ibu buat baju kurung anak-anak. Kain ela yang sudah lama di beli,tapi ibu ni tak sempat nak buat.Bukan tak sempat,tapi mood tak sampai-sampai.Raya tahun lepas, ibu buat jubah.Jadi,raya tahun ni,kakak Hana nak ibu buat baju kurung pula.
Cara buat baju kurung,bukan terlalu susah rupanya.Pertama,saya ambil ukuran baju yang sedia ada.Bermula dengan mengambil ukuran kain, kemudian badan,tangan dan kekek. Buku yang menjadi rujukan saya ialah "Oh,Mudahnya Buat Baju Kurung",penulisnya ialah Yasalma.Penerbit dari Alaf baru. Buku ini mudah di fahami kerana ia penulis menunjukkan cara membuat baju kurung mengikut pola untuk buat baju anak patung. Sungguh mudah.Kemudian,barulah penulis menunjukkan cara satu persatu cara mengambil ukuran dan,memggunting, menjahit mengikut ukuran sebenar baju yang ingin dijahit. Akhir sekali kemasan baju juga di berikan. Yang menariknya tips untuk menjahit leher dan badan baju juga diselitkan.Memang sungguh mudah difahami. Seingat saya,saya beli buku ini semasa pameran buku di ruang legar Karangkraf di Shah Alam tahun lepas 2015.


25/08/2016

Reversible Beg @ beg dua alam

Teks & photo: Norhasbi Binti Abdul Samad

Entri#40


Assalamualaikum w.b.t

Berbulan-bulan tak update blog.Info tentang coklat juga tiada. Bukan dah berhenti dari berniaga coklat,tapi berehat sementara. Ingin berehat atas kesihatan yang perlu difokuskan. Disamping menumpukan pada kerjaya dan keluarga, saya  mengisi masa lapang dengan menjahit. Tak boleh duduk saja, mood menjahit tiba-tiba datang hasil dari melayari internet, terpandang ada sebuah beg buatan tangan yang cantik dan mudah cara buatnya. Maka saya pun cuba-cuba dengan menggunakan lebihan kain yang ada di rumah.Pada waktu ini sebenarnya, sedang mencari mood untuk buat baju kurung hari raya buat anak dara yang dua orang tu, Hana dan Hafni.Maka, ibu ni pun cuba-cuba untuk mula pegang kain dan mesin jahit.Nak ambil mood la katakan.Alhamdulillah, elok kejadiannya.Guna letak telekong atau boleh bawa jalan-jalan. Dalam pada mengisi masa lapang, saya juga telah mendapat beberapa tempahan dari rakan sekerja dan juga kawan lama. Alhamdulillah.Bak kata pepatah, rezeki jangan di tolak:)

Ada beberapa ciri Reversible Beg ini yang saya kongsikan di wall personal fb saya.

Reversible Beg Cikde

*Beg dua alam.Boleh guna banyak side.
*Edisi di bawah ini saya tambah poket.Poketnya ada dua bahagian.Contoh, poket pertama untuk letak kunci dan poket ke 2 letak handphone.Senang nak cari barang :)
*Tapi tiada zip ya.Sebab beg ni ala-ala santai gitu.
*Saya panjangkan sikit tali beg ni ikut kesesuaian pelanggan.
*kalau beg ni kotor, boleh basuh ya. Jgn risau.Masuk saja dalam mesin basuh dan keringkan. Boleh guna semula.
*Harga sebuah beg ni RM45. Tetapi harga akan berubah mengikut jenis  fabrik. Contohnya, kalau kain jenis jeans harga akan berubah.kerana kos bahan juga berubah.
*Apa pun perbincangan bersama pelanggan haruslah dibuat sebelum proses buat beg ini, supaya masing-masing berpuas hati.

Tempahan pertama dari rakan sekerja

Salam sayang,
Cikde@norhasbi




Copyright to NORHASBI
Designed by UMIESUEstudio 2015