18/01/2016

Coklat Homemade Hadiah Harijadi

Teks & photo: Norhasbi Abdul Samad

Entri#39


Assalamualaikum w.b.t.

Salam ceria dan salam sayang.

Di sini saya sertakan beberapa koleksi coklat homemade D'H Chocs sebagai hadiah harijadi buat yang tersayang. Ada beberapa bentuk coklat yang sesuai untuk dipilih. Di antaranya ialah:


1. Coklat Oreo
Oreo Corak RM1.70


2. Coklat Oreo (Edible image-gambar mengikut kehendak pelanggan)
Oreo edible image RM2.00
 3. Coklat Oreo (customize)
Oreo customize RM2.50

5. Coklat lolly
Lolly sunflower RM1.20 sebatang

6. Coklat Bar & paper bag eksklusif dari Coklat4u Delight.


Coklat Bar (Mini saiz) RM1.50 (Normal saiz) RM3.00























































































Pakej Combo (Paper bag & coklat bar) RM3.70
Syarat-syarat pelanggan.

Penghantaran terus ke Malaysia, Brunei dan Singapura.
Deposit 50% diperlukan.
Tempoh tempahan minima 2 minggu.
Unit tempahan minimum 50 unit.

Hubungi untuk tempahan: 012-3791950 (Hasbi)




16/01/2016

Kotak Coklat bersaiz M

Teks & photo: Norhasbi Binti Abdul Samad

Entri#38

Design: Coklat box size M
Tema:Baby blue & pink
Budget: RM50
Majlis: Pertunangan


06/01/2016

Cara pembungkusan dan pos coklat homemade

Teks & photo: Norhasbi Abdul Samad

Entri#37

Tema:Ungu & biru kundang
Design:Lolly chocs sunflower
Harga:RM1.20 (1-50 unit)
RM1.00 (51- atas)

Assalamualaikum w.b.t dan salam ceria.

Moga kehidupan kita hari ini lebih baik dari semalam.

Cerita kisah semalam, seharian saya menyiapkan tempahan coklat lolly 200 pek berbentuk bunga matahari bersempena cuti di hari kelahiran,alhamdulillah.Bak kata pepatah rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari.

Tema majlis perkawinan adik sahabat saya ini ialah ungu dan biru kundang. Coklat ini dijadikan sebagai buah tangan bagi tetamu utama. Maka permintaannya ditunaikan dengan sebaik mungkin.Penghantaran coklat ini hanya COD (cash on delivery).Lagi pula pejabatnya berdekatan dengan tempat kerja saya.

Teringat saya ketika mula-mula menjalankan perniagaan sambilan coklat homemade 4 tahun lepas. Ada seorang pelanggan saya dari Utara Semenanjung.Dia telah menempah coklat "doorgift" perkahwinannya.Tak silap saya dalam dua ke tiga ratus unit. Pada ketika itu saya baru sahaja memulakan perniagaan sampingan ini. Dengan ilmu yang cetek tentang pengendalian coklat homemade pada ketika itu,saya hanya menggunakan kotak biasa dan penghantarannya menggunakan bas ekpress. Cara penghantaran itu adalah permintaan dari pelanggan itu sendiri. Saya akur.

Kali pertama penghantaran coklat tersebut elok dan respon dari pelanggan juga positif.Alhamdulillah,tak cair. Bukan berhenti di situ saja,pelanggan yang sama telah menempah untuk kedua kalinya.Namun, masalah timbul bila bas ekspress tersebut lambat sampai ke destinasi.Coklat tersebut telah mencair sedikit. Dengan rasa bersalahnya saya,saya telah menghantar semula  coklat yang baru sebagai ganti rugi.Kali ini,saya telah belajar selok-belok pembungkusan dan penghantaran coklat homemade yang betul.Perlu di ingat,coklat homemade sama keadaannya seperti coklat yang lain di pasaran dari segi kecairannya.Kalau terdedah kepada panas matahari secara terus atau tempat simpanannya terdedah dengan panas yg melampau, coklat akan cair.

Cara pembungkusan coklat homemade dan penghantaran melalui pos.
1.Coklat yang telah siap dibungkus di letakkan di dalam kotak atau foam (kotak polisterin).
2.Boleh letak pek ais atau balut bungkusan coklat dengan gelembung plastik. Tujuan plastik itu di gunakan supaya coklat tidak berterabur.
3.Bungkus kotak atau foam tersebut dengan kertas minyak.Jangan lupa beli sticker "fragile" supaya pihak pos mengendalikan penghantaran coklat dengan baik dan sempurna.
4. Penghantaran boleh melalu pos laju,pos domestik atau pos ekspress. Jika mempunyai akaun syarikat boleh mendaftar dengan mana syarikat pengeposan barang iaitu citylink,gdex,syarikat KTM dan mana-mana yang bersesuaian.

Di sini saya nak kongsi tips bawa coklat kesukaan jika melalui perjalanan yang jauh. Simpan bungkusan coklat tersebut dalam lipatan kain di dalam beg.InshaAllah coklat anda tu tidak cair.
Tapi kalau bawa coklat hantaran bagaimana pula.Jangan risau, letak saja coklat dalam kereta anda,tapi pastikan pasang pendingin udara ya. Kalau tidak, coklat kalian akan cair sebelum sampai ke destinasi.

Salam sayang dari saya.
Norhasbi


Koleksi Coklat Buatan Tangan 2015

Teks:Norhasbi Abdul Samad
Photo:Norhasbi Abdul Samad

Entri#36

Assalamualaikum

Untuk tatapan dan panduan buat peminat coklat, DH Chocs Hashaiz

Selamat Tahun Baru 2016

Teks & Photo:Norhasbi Abdul Samad

Entri#35

Assalamualaikum

Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2016 buat semua.Minggu pertama tahun baru,para ibu bapa sibuk menguruskan persekolahan anak-anak .Walau bagaimana pun, semoga tahun ini lebih bersemangat untuk memenuhi impian masing-masing.

Sudah berbulan-bulan tidak mengemas kini blogku ini. Sempena hari yang penuh berbahagia ini 5.1.2016 (hari kelahiranku yang ke 36) aku berazam untuk lebih yakin dan kuat berusaha untuk mencapai segala impian.

Matlamatku dikategorikan kepada:

1.Diri sendiri - mengutamakan kebergantungan pada Allah.Menunaikan solat fardhu di awal waktu, amalkan solat dhuha moga diberi rezki yang luas dan halal.Dari segi kerjaya pula,moga menjadi pendidik yang berdedikasi dalam menjalankan amanahNya. Berpeluang menyambung pelajaran.Doakan saya moga semuanya dipermudahkan.

2.Ahli Keluarga - menjadi seorang isteri & ibu yang solehah & mithali.

3. Meningkatkan kemahiran menulis & berkomunikasi.

4. Kebebasan kewangan.Nyahkan kad kredit & menabung.

5. Pelaburan jangka masa pendek/panjang. Amalkan bersedekah

6. Menambah duit poket supaya boleh membantu bagi orang yang memerlukan, dengan berniaga coklat buatan tangan(homemade) dan jual barangan produk Amway (ABO 8697586).

7.Melawat tempat-tempat menarik dalam & luar negara bersama ahli keluarga.

Moga impian dan matlamat yang tercatat di atas menjadi petunjuk arah untuk lebih yakin dan tekun dalam melaksanakan tanggungjawab.

Ketika entri ini di tulis,saya tengah menyiapkan tempahan coklat lolly sunflower dari sahabat lama.Coklat lolly ini dijadikan sebagai buah tangan buat tetamu utama di majlis perkahwinan adiknya.Alhamdulillah,rezeki di awal tahun pembuka tirai 2016..Syukur atas rezekimu Ya Allah.

Salam sayang
Norhasbi Abdul Samad




Copyright to NORHASBI
Designed by UMIESUEstudio 2015