Teks & photo : Norhasbi Abdul Samad
Bismillahirrahmanirrahim
Resepi inti coklat yang mudah.
Bahan-Bahan
200gm coklat kompaun putih
60gm susu cair
1 sudu kecil emulco (pilih perasa yang dikehendaki)
Arahan
Cairkan coklat dan tambahkan susu cair.Gaul rata.
Kemudian tambahkan emulco, gaul semula hingga rata.
Masukkan ke dalam piping bag.
Simpan di dalam peti ais pembeku semalaman sebelum digunakan.
Selamat mencuba.
21/04/2015
18/04/2015
40
Teks & photo : Norhasbi Abdul Samad
1. Coklat homemade.
2. Panduan buat coklat homemade.
3. Berniaga coklat
4. Dropship coklat
5. Gubahan coklat homemade.
6. Bahan asas buat coklat
7. Coklat buah-buahan
8. Jenis coklat
9. Jenama coklat homemade paling sedap.
10. Pembekal bahan coklat homemade.
11. Inti coklat homemade.
12. Gubahan bakul bunga coklat.
13. Coklat buatan tangan hadiah harijadi.
14. Pembungkus coklat homemade.
15. Acuan coklat homemade
16. Tutorial gubahan coklat
17. Coklat hamper
18. Inti coklat
19. Coklat oreo edible image.
20. Acuan coklat
21. Tutorial buat coklat
22. Pos coklat homemade
23. Masalah buat coklat homemade.
24. Coklat homemade online.
25. Kelas asas buat coklat
26. Majlis aqiqah hadiah coklat
27. Coklat hantaran
28. Doorgift coklat homemade
29. Gubahan coklat idea kreatif
29. Coklat hari raya
30. Simpan coklat
31. Kotak eksklusif coklat
32. Coklat terapi minda.
33. Coklat awet muda.
34. Surirumah berniaga coklat
35. Agen coklat
36. Coklat hari raya
37. Gubahan coklat kreatif
38. Coklat egg bunga pahar
39. Coklat egg atau telur
40. Coklat fountain
1. Coklat homemade.
2. Panduan buat coklat homemade.
3. Berniaga coklat
4. Dropship coklat
5. Gubahan coklat homemade.
6. Bahan asas buat coklat
7. Coklat buah-buahan
8. Jenis coklat
9. Jenama coklat homemade paling sedap.
10. Pembekal bahan coklat homemade.
11. Inti coklat homemade.
12. Gubahan bakul bunga coklat.
13. Coklat buatan tangan hadiah harijadi.
14. Pembungkus coklat homemade.
15. Acuan coklat homemade
16. Tutorial gubahan coklat
17. Coklat hamper
18. Inti coklat
19. Coklat oreo edible image.
20. Acuan coklat
21. Tutorial buat coklat
22. Pos coklat homemade
23. Masalah buat coklat homemade.
24. Coklat homemade online.
25. Kelas asas buat coklat
26. Majlis aqiqah hadiah coklat
27. Coklat hantaran
28. Doorgift coklat homemade
29. Gubahan coklat idea kreatif
29. Coklat hari raya
30. Simpan coklat
31. Kotak eksklusif coklat
32. Coklat terapi minda.
33. Coklat awet muda.
34. Surirumah berniaga coklat
35. Agen coklat
36. Coklat hari raya
37. Gubahan coklat kreatif
38. Coklat egg bunga pahar
39. Coklat egg atau telur
40. Coklat fountain
16/04/2015
Inti Coklat
Teks & photo: Norhasbi Abdul Samad
Bismillahirrahmanirrahim
Bismillahirrahmanirrahim
Apa perasaan anda kalau coklat yang kita makan hanya rasa coklat semata-mata. Mesti perasaannya biasa-biasa sajakan. Jika coklat ada rasa seperti strawberi, durian, blueberry dan pelbagai lagi mengikut citarasa masing-masing, pastinya kita akan bersungguh-sungguh menikmatinya. Kadang-kadang inti memainkan peranan penting buat penggemar coklat.
Ada beberapa jenis inti atau filling coklat iaitu:
1. Kekacang
Pelbagai jenis kekacang menjadi pilihan seperti kacang hazelnut,walnut,pistacio,gajus dan banyak lagi. Bagi peminat badam, boleh dipelbagaikan seperti badam biji, badam hiris,kepingan badam dan badam cincang.Sebelum meletakkan kekacang ke dalam coklat, adalah lebih baik jika kacang tersebut di panggang atau goreng seketika tanpa minyak. Kekacang ini akan lebih rangup. Sejukkan terlebih dahulu untuk mempastikan coklat tidak rosak dan kekacang sentiasa rangup.
Pelbagai jenis kekacang menjadi pilihan seperti kacang hazelnut,walnut,pistacio,gajus dan banyak lagi. Bagi peminat badam, boleh dipelbagaikan seperti badam biji, badam hiris,kepingan badam dan badam cincang.Sebelum meletakkan kekacang ke dalam coklat, adalah lebih baik jika kacang tersebut di panggang atau goreng seketika tanpa minyak. Kekacang ini akan lebih rangup. Sejukkan terlebih dahulu untuk mempastikan coklat tidak rosak dan kekacang sentiasa rangup.
2. Buah-buahan kering
Inti ini lebih mudah. Hanya potong dadu, kepingan atau letak terus mengikut kesesuaian bentuk coklat.Contoh buah-buahan kering seperti kismis, aprikot, mangga, kulit limau, nanas, kranberi kering dan banyak lagi.
3. Biskut
Selalunya biskut oreo menjadi pilihan. Biskut kesukaan anak-anak juga boleh digunakan. Contohnya biskut marie. Pastikan biskut tidak terlalu manis. Biskut ini boleh dihancurkan sebelum diletakkan kedalam coklat. Bagi yang ingin membuat coklat acuan oreo kepingan oreo amat-amat sesuai.
Inti ini lebih mudah. Hanya potong dadu, kepingan atau letak terus mengikut kesesuaian bentuk coklat.Contoh buah-buahan kering seperti kismis, aprikot, mangga, kulit limau, nanas, kranberi kering dan banyak lagi.
3. Biskut
Selalunya biskut oreo menjadi pilihan. Biskut kesukaan anak-anak juga boleh digunakan. Contohnya biskut marie. Pastikan biskut tidak terlalu manis. Biskut ini boleh dihancurkan sebelum diletakkan kedalam coklat. Bagi yang ingin membuat coklat acuan oreo kepingan oreo amat-amat sesuai.
4. Jem atau ganache
Kalau di rumah ada jem, boleh buat inti coklat. Pelbagai jenis jem seperti jem strawberi, mentega kacang, jem raspberi dan pes kacang hazel. Untuk letak jem perlu berhati-hati supaya tidak terkeluar dari coklat yang telah dibekukan. Inti jem ini boleh juga buat sendiri. Antara bahan yang digunakan ialah krim tenusu, susu segar,mentega dan pewarna. Ada beberapa cara mudah untuk menghasilkan ganache yang sedap. Nantikan entri saya akan datang.
Selain jenis inti yang disebutkan di atas, coklat juga boleh diletakkan perasa dan juga warna. Ia mengikut kreativiti masing-masing. Contohnya jika acuan strawberi, warnakan coklat putih dengan warna merah jambu dan campurkan sedikit perasa strawberi. Mesti anak-anak teruja memakannya.
Salam sayang dari saya
Norhasbi Abdul Samad
Kalau di rumah ada jem, boleh buat inti coklat. Pelbagai jenis jem seperti jem strawberi, mentega kacang, jem raspberi dan pes kacang hazel. Untuk letak jem perlu berhati-hati supaya tidak terkeluar dari coklat yang telah dibekukan. Inti jem ini boleh juga buat sendiri. Antara bahan yang digunakan ialah krim tenusu, susu segar,mentega dan pewarna. Ada beberapa cara mudah untuk menghasilkan ganache yang sedap. Nantikan entri saya akan datang.
Selain jenis inti yang disebutkan di atas, coklat juga boleh diletakkan perasa dan juga warna. Ia mengikut kreativiti masing-masing. Contohnya jika acuan strawberi, warnakan coklat putih dengan warna merah jambu dan campurkan sedikit perasa strawberi. Mesti anak-anak teruja memakannya.
Salam sayang dari saya
Norhasbi Abdul Samad
14/04/2015
Langkah mudah buat coklat
Teks & Photo: Norhasbi Binti Abdul Samad
Bismillahirrahmanirahim
Langkah 1
Langkah 2
Masukkan ke dalam piping beg atau kertas penuras.
Langkah 3
Paipkan coklat tadi ke dalam acuan.Ketuk perlahan-lahan acuan untuk buang gelembung-gelembung udara.
Langkah 4
Masukkan coklat tersebut ke dalam peti sejuk dan tunggu sehingga coklat benar-benar beku.
Langkah 5
Keluarkan coklat dari acuan dan bolehlah menikmati coklat tersebut.
Selamat mencuba semua.
Salam ceria dari saya.
Norhasbi Abdul Samad
Bismillahirrahmanirahim
Hari ini saya ingin berkongsi cara-cara membuat coklat praline.Coklat praline atau pun coklat yang di hasilkan dalam bentuk ketulan-ketulan coklat kecil. Coklat ini boleh dihasilkan dalam pelbagai rupa seperti bunga ros, kipas, daun, kulit kerang dan sebagainya. Coklat ini juga boleh di letakkan inti ataupun perisa. Ia mengikut kesukaan dan kreativiti seseorang. Ikuti langkah mudah tersebut :
Cairkan coklat di atas periuk stainless steel menggunakan teknik pemanasan wap (double boiler).Gaul perlahan coklat sehingga cair dan pastikan tidak ada ketulan-ketulan coklat yang tinggal. Boleh warnakan coklat mengikut kreativiti masing-masing.
Langkah 2
Masukkan ke dalam piping beg atau kertas penuras.
Langkah 3
Paipkan coklat tadi ke dalam acuan.Ketuk perlahan-lahan acuan untuk buang gelembung-gelembung udara.
Langkah 4
Masukkan coklat tersebut ke dalam peti sejuk dan tunggu sehingga coklat benar-benar beku.
Langkah 5
Keluarkan coklat dari acuan dan bolehlah menikmati coklat tersebut.
Selamat mencuba semua.
Salam ceria dari saya.
Norhasbi Abdul Samad
10/04/2015
Gubahan Coklat Rose Pink
Teks & photo: Norhasbi Binti Abdul Samad
Bismillahirrahmanirrahim
Bismillahirrahmanirrahim
Photo di atas adalah hasil projek coklat semalam. Anak sudah tidur, ibu mula projek buat coklat. Kadang-kadang, seawal 4 pagi saya sudah bangun untuk menyudahkan tempahan gubahan coklat. Kebiasaannya, inilah masa saya untuk fokus kepada pembuatan coklat. Tenang dan tiada gangguan. Selalunya masa untuk membuat gubahan coklat ini mengambil masa 2 ke 3 jam. Ia mengikut bentuk gubahan dan coklat yang dipilih. Ini kerana ia memerlukan beberapa proses iaitu menyediakan gubahan bakul, mencairkan coklat sehingga proses membungkus coklat tersebut.
Pelanggan meletakkan kepercayaan untuk saya membuat gubahan mengikut budget yang dipilih. Selalunya untuk gubahan coklat saya meletakkan spesifikasi seperti berikut:
1. Bentuk gubahan coklat: Bakul/Kotak/dll
2. Tema Warna:mengikut tema majlis atau saya akan pilih.
3. Budget: minimum RM50 keatas
4. Lain-lain: tanda nama kedua pasangan pada coklat.
Beberapa tips pengurusan masa yang saya baca melalui buku Usahawan Makan Gaji oleh Eruwan Gerry Norsen:
1. Bangun awal
2. Tidur lewat
3. Optimasi masa perjalanan
4. Optimasi masa rehat
5. Pengutamaan tugas.
5. Pengutamaan tugas.
6. Kurangkan aktiviti yang tidak produktif
7. Tetapkan jadual aktiviti
***********************************
SIBUK YANG TERURUS
Suka saya nyatakan semua orang pun sibuk, tetapi sangat penting sibuk yang terurus. Setiap
individu sudah mempunyai tanggungjawab yang perlu dilunaskan setiap hari, tetapi
kadangkala kesibukan menjadikan diri tidak kreatif.
• Terkongkong dengan sibuk yang tidak bertempat.
• Tidak tahu membezakan situasi benar-benar sibuk atau membuang masa.
• Tidak mahir dalam agihan masa 24 jam.
• Tidak merancang dari awal penggunaan masa harian.
• Surirumah sepenuh masa sekalipun perlu ada perancangan masa, agar tidak dibazirkan
individu sudah mempunyai tanggungjawab yang perlu dilunaskan setiap hari, tetapi
kadangkala kesibukan menjadikan diri tidak kreatif.
• Terkongkong dengan sibuk yang tidak bertempat.
• Tidak tahu membezakan situasi benar-benar sibuk atau membuang masa.
• Tidak mahir dalam agihan masa 24 jam.
• Tidak merancang dari awal penggunaan masa harian.
• Surirumah sepenuh masa sekalipun perlu ada perancangan masa, agar tidak dibazirkan
Petikan dari buku SUPER WAHM SUPER MOM
Salam ceria dari saya
Norhasbi Abdul Samad
06/04/2015
Kedai Bahan Coklat
Teks dan photo:
Norhasbi Abdul Samad
Assalamualaikum w.b.t
Pada cuti persekolahan
yang lalu, saya tak menang tangan menyiapkan hasil tempahan gubahan coklat bagi
majlis hantaran perkahwinan dan bertunang dari pelanggan. Gambar di atas antara
gubahan coklat yang dihasilkan. Walaupun masih bekerja, pengurusan masa perlu
diutamakan bagi memenuhi tuntutan sebagai seorang pekerja, isteri dan juga ibu.
Untuk sentiasa bermotivasi, saya sentiasa mendapatkan info dan juga tips yang
bermanfaat dari kelas asas blog dan penulisan anjuran ABDR ini. Alhamdulillah,
kami di ABDR bergerak secara berkumpulan di bawah penaung akademi iaitu Puan
Masayu Ahmad dan juga guru-guru online yang berdedikasi yang sentiasa memberi
semangat dan suntikan positif bagi mencapai matlamat masing-masing.
Berbalik pada entri
kali ini, saya ingin menjawab beberapa soalan iaitu di mana nak dapatkan
barang-barang coklat. Tempat yang dinyatakan adalah diantara tempat dimana saya
perolehi barang untuk membuat coklat.
1.
Lembaga Koko Malaysia
Ini
adalah pengeluar coklat di Malaysia. Coklat yang dihasilkan ialah coklat
courveture dan coklat compound.Coklat jenama Beryls telah dihasilkan. Terletak
di Seksyen 13 Bandar Baru Bangi.
2.
Yummy Bangi
Pusat
pemborong coklat, coklat yang di jual adalah coklat compound, kotak coklat,
acuan, bahan bakery dan lain-lain. Kedai ini menyediakan kad keahlian. Terletak
di 25-G-01 & 26-G-01, Jalan Medan PB2B, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
3.
Bagus Marketing Sdn Bhd
Menjual
pelbagai barang bakeri dan coklat. Kad keahlian juga disediakan. Terletak di
56-58 Jalan Rugbi 13/30 Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
4.
Bake with Yen (KL) Sdn Bhd
Coklat
yang di jual adalah coklat converture, acuan, bahan bakery dan lain-lain.
Terletak di No 30 & 32, Jalan Persiaran Puteri, Bandar Puteri, Puchong.
5.
Wilton (ICCA)
Kedai
ini menjual pelbagai acuan seperti lollichoc dan sebagainya. Terletak di
Petaling Jaya. Boleh layari http://2decoratecakes.com
6.
Edible image online
Anda
boleh tempah Edible image mengikut size dan corak. Nak letak muka sendiri pun
boleh.
7.
Kedai yang berhampiran kediaman rumah
anda.
Bagi
yang baru menceburi pembuatan coklat homemade, boleh dapatkan barang asas berhampiran
kediaman rumah. Pasti jimat masa dan petrol. Anda boleh kunjungi kedai menjual
bahan bakeri kerana selalunya tuan kedai ada menjual barang asas untuk
menghasilkan coklat homemade.
Jika sudah tahu
tempatnya, maka mudahlah proses pembuatan coklat dari rumah. Nasihat
saya, sebelum berbelanja, jangan lupa senarai dahulu barang yang ingin dibeli
ya. Langkah berjimat cermat.
***********************************
Tips dari E-Book 101 Home
business oleh Puan Masayu Ahmad antaranya ialah:
1.
Masuk dalam business yang anda mahir dan
pakar.
2.
Jangan jadikan duit sebagai fokus utama
3.
Sentiasa beri lebih dari jangkaan
customer
4.
Mulakan dengan professional walaupun
business kecil
5.
Sentiasa tambah ilmu
6.
Daftarkan perniagaan
7.
Bermula sepenuh masa dahulu
Salam sayang dari saya,
Norhasbi Abdul Samad
Acuan Coklat
Teks & image: Norhasbi Abdul Samad
Salam ceria semua.
Rutin harian seorang
suri sentiasa padat. Yang penting hati sentiasa gembira dan tenang. Bagi ibu
yang bekerja di rumah dan juga di luar rumah, sentiasa yakin Allah sentiasa bersama
kita. Fikir yang baik-baik, insyaAllah hasilnya juga akan baik.
Cerita tentang hasil, sebenarnya
saya ingin berkongsi bagaimana untuk menghasilkan bentuk coklat yang menarik
dan kreatif. Jawapannya, tentulah melalui acuan yang digunakan. Di bawah ini
saya kongsikan sedikit info tentang acuan coklat.
Jenis acuan
Ada beberapa jenis
acuan yang digunakan untuk menghasilkan bentuk-bentuk coklat. Ia bergantung
kepada harga dan materialnya.
- Plastik nipis – harganya murah dan mudah didapati. Hasil coklat yang menggunakan acuan ini mengikut permukaannya. Kadang-kadang lekuknya tidak secantik yang disangkakan contohnya permukaan lekuk-lekuk bunga ros.
- Plastik keras – bagi acuan ini harganya juga sedikit mahal,tetapi coklat yang dihasilkan amat cantik. Material tidak mudah patah atau pecah.
- Acuan getah yang mudah laras (Silikon) – harga acuan ini juga mahal mengikut bentuk yang dihasilkan. Coklat yang mudah di keluarkan dari acunya. Warna acuan selalunya coklat gelap seakan-akan coklat.
- Acuan yang ada di rumah - acuan ini yang mudah di dapati. Yang pasti perlu kreatif menggunakan bahan tersebut. Contohnya acuan jeli dan bekas kiub ais berbentuk, bekas balang kuih raya, belon dan sebagainya.
Bentuk acuan
- Loose (sebiji-sebiji) – bentuk bunga ros, cengkerang, buah-buahan, love dan banyak lagi.
- Lolly – coklat yang diletakkan batang lolly (plastik atau lidi sate)
- Box – kotak 3D pelbagai saiz dan bentuk.
- Oreo – boleh letak edible image
Kedai jual acuan
Acuan boleh didapati di
kedai bakeri. Sesiapa yang berada di sekitar Shah Alam, anda boleh perolehinya
di kedai Bakeri Bagus Seksyen 13 dan Kedai Pandan Seksyen 7, Shah Alam. Di Klang pula
kedai Bakeri 2ply. Bagi peniaga coklat selalunya untuk mendapatkan harga yang
murah, mereka lebih suka memborong barang-barang coklat di Yummy Bangi. Akan
tetapi, boleh juga membeli secara online
di http://2decoratecakes.com
Cara pengendalian dan
penjagaan
Bagi memastikan bentuk
coklat yang cantik dan licin, pastikan tidak ada setitik air pun berada di
dalam permukaan acuan. Keringkan terlebih dahulu. Boleh juga menggunakan
pengering rambut (hair dryer) untuk mempercepatkan proses pengeringan. Hasilnya
coklat akan cantik dan bersinar.Acuan yang mudah dicuci
adalah dengan memastikan coklat benar-benar beku. Sekiranya tidak beku, coklat
akan melekat dan mengambil masa untuk mencucinya. Untuk mencuci peralatan yang
terkena coklat, perlu menggunakan air suam, ia mempercepatkan proses
dan mudah untuk mencuci. Setelah itu
simpan di dalam almari yang bersih dan kering. Sekiranya lembap, acuan akan di cemari
kuman dan berkulat.
Hasil coklat
Beberapa tips yang
perlu dipelajari untuk menghasilkan bentuk coklat yang cantik dan menarik seperti
profesional atau pakar coklat. Tips itu bermula dari proses mencairkan coklat
sehingga proses pembungkusan coklat. Coklat homemade dari jenis compound
sebenarnya sama seperti coklat yang lain, kerana coklat ini perlu dijaga dari
suhu kepanasan persekitaran bagi mengekalkan bentuknya. Jika tidak, coklat yang
pada asalnya cantik akhirnya dah tak jadi rupa coklat :)
Salam sayang dari saya.