06/04/2015

Kedai Bahan Coklat




Teks dan photo: Norhasbi Abdul Samad

Assalamualaikum w.b.t


Pada cuti persekolahan yang lalu, saya tak menang tangan menyiapkan hasil tempahan gubahan coklat bagi majlis hantaran perkahwinan dan bertunang dari pelanggan. Gambar di atas antara gubahan coklat yang dihasilkan. Walaupun masih bekerja, pengurusan masa perlu diutamakan bagi memenuhi tuntutan sebagai seorang pekerja, isteri dan juga ibu. Untuk sentiasa bermotivasi, saya sentiasa mendapatkan info dan juga tips yang bermanfaat dari kelas asas blog dan penulisan anjuran ABDR ini. Alhamdulillah, kami di ABDR bergerak secara berkumpulan di bawah penaung akademi iaitu Puan Masayu Ahmad dan juga guru-guru online yang berdedikasi yang sentiasa memberi semangat dan suntikan positif bagi mencapai matlamat masing-masing. 

Berbalik pada entri kali ini, saya ingin menjawab beberapa soalan iaitu di mana nak dapatkan barang-barang coklat. Tempat yang dinyatakan adalah diantara tempat dimana saya perolehi barang untuk membuat coklat. 

1.     Lembaga Koko Malaysia 
Ini adalah pengeluar coklat di Malaysia. Coklat yang dihasilkan ialah coklat courveture dan coklat compound.Coklat jenama Beryls telah dihasilkan. Terletak di Seksyen 13 Bandar Baru Bangi.

2.     Yummy Bangi
Pusat pemborong coklat, coklat yang di jual adalah coklat compound, kotak coklat, acuan, bahan bakery dan lain-lain. Kedai ini menyediakan kad keahlian. Terletak di 25-G-01 & 26-G-01, Jalan Medan PB2B, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

3.     Bagus Marketing Sdn Bhd
Menjual pelbagai barang bakeri dan coklat. Kad keahlian juga disediakan. Terletak di 56-58 Jalan Rugbi 13/30 Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

4.     Bake with Yen (KL) Sdn Bhd
Coklat yang di jual adalah coklat converture, acuan, bahan bakery dan lain-lain. Terletak di No 30 & 32, Jalan Persiaran Puteri, Bandar Puteri, Puchong.

5.     Wilton (ICCA)
Kedai ini menjual pelbagai acuan seperti lollichoc dan sebagainya. Terletak di Petaling Jaya. Boleh layari http://2decoratecakes.com


6.     Edible image online
Anda boleh tempah Edible image mengikut size dan corak. Nak letak muka sendiri pun boleh.

7.     Kedai yang berhampiran kediaman rumah anda.
Bagi yang baru menceburi pembuatan coklat homemade, boleh dapatkan barang asas berhampiran kediaman rumah. Pasti jimat masa dan petrol. Anda boleh kunjungi kedai menjual bahan bakeri kerana selalunya tuan kedai ada menjual barang asas untuk menghasilkan coklat homemade.

Jika sudah tahu tempatnya, maka mudahlah proses pembuatan coklat dari rumah. Nasihat saya, sebelum berbelanja, jangan lupa senarai dahulu barang yang ingin dibeli ya. Langkah berjimat cermat.






***********************************

Tips dari E-Book 101 Home business oleh Puan Masayu Ahmad antaranya ialah:

1.     Masuk dalam business yang anda mahir dan pakar.
2.     Jangan jadikan duit sebagai fokus utama
3.     Sentiasa beri lebih dari jangkaan customer
4.     Mulakan dengan professional walaupun business kecil
5.     Sentiasa tambah ilmu
6.     Daftarkan perniagaan
7.     Bermula sepenuh masa dahulu


Salam sayang dari saya,

Norhasbi Abdul Samad

Acuan Coklat



Teks & image: Norhasbi Abdul Samad

Salam ceria semua.



Rutin harian seorang suri sentiasa padat. Yang penting hati sentiasa gembira dan tenang. Bagi ibu yang bekerja di rumah dan juga di luar rumah, sentiasa yakin Allah sentiasa bersama kita. Fikir yang baik-baik, insyaAllah hasilnya juga akan baik.


Cerita tentang hasil, sebenarnya saya ingin berkongsi bagaimana untuk menghasilkan bentuk coklat yang menarik dan kreatif. Jawapannya, tentulah melalui acuan yang digunakan. Di bawah ini saya kongsikan sedikit info tentang acuan coklat.

Jenis acuan

Ada beberapa jenis acuan yang digunakan untuk menghasilkan bentuk-bentuk coklat. Ia bergantung kepada harga dan materialnya.
  1. Plastik nipis – harganya murah dan mudah didapati. Hasil coklat yang menggunakan acuan ini mengikut permukaannya. Kadang-kadang lekuknya tidak secantik yang disangkakan contohnya permukaan lekuk-lekuk bunga ros.
  2. Plastik keras – bagi acuan ini harganya juga sedikit mahal,tetapi coklat yang dihasilkan amat cantik. Material tidak mudah patah atau pecah.
  3.  Acuan getah yang mudah laras (Silikon) – harga acuan ini juga mahal mengikut bentuk yang dihasilkan. Coklat yang mudah di keluarkan dari acunya. Warna acuan selalunya coklat gelap seakan-akan coklat.
  4. Acuan yang ada di rumah - acuan ini yang mudah di dapati. Yang pasti perlu kreatif menggunakan bahan tersebut. Contohnya acuan jeli dan bekas kiub ais berbentuk, bekas balang kuih raya, belon dan sebagainya. 

Bentuk acuan

  • Loose (sebiji-sebiji) – bentuk bunga ros, cengkerang, buah-buahan, love dan banyak lagi.
  • Lolly – coklat yang diletakkan batang lolly (plastik atau lidi sate)
  • Box – kotak 3D pelbagai saiz dan bentuk.
  • Oreo – boleh letak edible image

Kedai jual acuan

Acuan boleh didapati di kedai bakeri. Sesiapa yang berada di sekitar Shah Alam, anda boleh perolehinya di kedai Bakeri Bagus Seksyen 13 dan Kedai Pandan Seksyen 7, Shah Alam. Di Klang pula kedai Bakeri 2ply. Bagi peniaga coklat selalunya untuk mendapatkan harga yang murah, mereka lebih suka memborong barang-barang coklat di Yummy Bangi. Akan tetapi, boleh juga  membeli secara online di http://2decoratecakes.com

Cara pengendalian dan penjagaan

Bagi memastikan bentuk coklat yang cantik dan licin, pastikan tidak ada setitik air pun berada di dalam permukaan acuan. Keringkan terlebih dahulu. Boleh juga menggunakan pengering rambut (hair dryer) untuk mempercepatkan proses pengeringan. Hasilnya coklat akan cantik dan bersinar.Acuan yang mudah dicuci adalah dengan memastikan coklat benar-benar beku. Sekiranya tidak beku, coklat akan melekat dan mengambil masa untuk mencucinya. Untuk mencuci peralatan yang terkena coklat, perlu menggunakan air suam, ia mempercepatkan proses dan mudah untuk mencuci. Setelah  itu simpan di dalam almari yang bersih dan kering. Sekiranya lembap, acuan akan di cemari kuman dan berkulat.

Hasil coklat

Beberapa tips yang perlu dipelajari untuk menghasilkan bentuk coklat yang cantik dan menarik seperti profesional atau pakar coklat. Tips itu bermula dari proses mencairkan coklat sehingga proses pembungkusan coklat. Coklat homemade dari jenis compound sebenarnya sama seperti coklat yang lain, kerana coklat ini perlu dijaga dari suhu kepanasan persekitaran bagi mengekalkan bentuknya. Jika tidak, coklat yang pada asalnya cantik akhirnya dah tak jadi rupa coklat :)
 
Salam sayang dari saya.



Copyright to NORHASBI
Designed by UMIESUEstudio 2015