16/04/2015

Inti Coklat

Teks & photo: Norhasbi Abdul Samad

Bismillahirrahmanirrahim



Apa perasaan anda kalau coklat yang kita makan hanya rasa coklat semata-mata. Mesti perasaannya biasa-biasa sajakan. Jika coklat ada rasa seperti strawberi, durian, blueberry dan pelbagai lagi mengikut citarasa masing-masing, pastinya kita akan bersungguh-sungguh menikmatinya. Kadang-kadang inti memainkan peranan penting buat penggemar coklat.   

Ada beberapa jenis inti atau filling coklat iaitu:

1. Kekacang

Pelbagai jenis kekacang menjadi pilihan seperti kacang hazelnut,walnut,pistacio,gajus dan banyak lagi. Bagi peminat badam, boleh dipelbagaikan seperti badam biji, badam hiris,kepingan badam dan badam cincang.Sebelum meletakkan kekacang ke dalam coklat, adalah lebih baik jika kacang tersebut di panggang atau goreng seketika tanpa minyak. Kekacang ini akan lebih rangup. Sejukkan terlebih dahulu untuk mempastikan coklat tidak rosak dan kekacang sentiasa rangup.

2. Buah-buahan kering

Inti ini lebih mudah. Hanya potong dadu, kepingan atau letak terus mengikut kesesuaian bentuk coklat.Contoh buah-buahan kering seperti kismis, aprikot, mangga, kulit limau, nanas, kranberi kering dan banyak lagi.

3. Biskut

Selalunya biskut oreo menjadi pilihan. Biskut kesukaan anak-anak juga boleh digunakan. Contohnya biskut marie. Pastikan biskut tidak terlalu manis. Biskut ini boleh dihancurkan sebelum diletakkan kedalam coklat. Bagi yang ingin membuat coklat acuan oreo kepingan oreo amat-amat sesuai.

4. Jem atau ganache

Kalau di rumah ada jem, boleh buat inti coklat. Pelbagai jenis jem seperti jem strawberi, mentega kacang, jem raspberi dan pes kacang hazel. Untuk letak jem perlu berhati-hati supaya tidak terkeluar dari coklat yang telah dibekukan. Inti jem ini boleh juga buat sendiri. Antara bahan yang digunakan ialah krim tenusu, susu segar,mentega dan pewarna. Ada beberapa cara mudah untuk menghasilkan ganache yang sedap. Nantikan entri saya akan datang.

Selain jenis inti yang disebutkan di atas, coklat juga boleh diletakkan perasa dan juga warna. Ia mengikut kreativiti masing-masing. Contohnya jika acuan strawberi, warnakan coklat putih dengan warna merah jambu dan campurkan sedikit perasa strawberi. Mesti anak-anak teruja memakannya.


Salam sayang dari saya

Norhasbi Abdul Samad

No comments:

Copyright to NORHASBI
Designed by UMIESUEstudio 2015